Thursday, December 15, 2011

Book : Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari



Description: Buku Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari merupakan terjemahan daripada buku The 8-Day Internet Wonder. Ia memaparkan strategi unik dan inovatif serta memberi inspirasi kepada individu yang buat duit melalui bisnes Internet.

About The Author: Edwin John memegang Ijazah Kepujian dalam jurusan Geofizik dan berpengalaman luas dalam industri seperti cari gali minyak, kajian sains astronomi, IT, pemasaran, computer, jaringan laman web, penulisan dan penerbitan serta e-dagang dan pemasaran Internet. Beliau juga merupakan pengasas dan pemilik sebuah jaringan laman web yang menawarkan penyelesaian inovatif dan berkualiti. Usaha niaga e-dagang beliau yang pertama terpapar dalam Bahagian Teknologi, majalah The New York Times keluaran April 2001. E-buku kedua beliau How I Sell My Domain Names: A Weekend Crash Course, berjaya mencapai jualan tertinggi di 30 buah negara.

Contents:

Prakata
Pengenalan
Prebiu

Hari Pertama: Apa Produknya
Kuncinya ialah FOKUS
Penyelesaian… Penyelesaian… Penyelesaian…
Andalah Jawapannya
Soalan Popular, Jawapan Menguntungkan
Jadi, Di Mana Harus Anda Mulakan?

Hari Kedua: Apa Permasalahannya
Pencarian Bermula
Memperkenalkan 3P
Populariti
Pulangan
Potensi
Mentaliti Usahawan atau Pekerja
TIPS (Theory Into Practice Strategies), Strategi Teori kepada Latihan

Hari Ketiga: Di mana Pintunya
Aktif Menulis Blog

Hari Keempat: Apa Mesejnya
Anda Boleh Menulis?
Tiru Sahajalah!
Timbulkan Minat
Apabila ‘Mencuri’ Dibenarkan
Rumusan

Hari Kelima: Di Mana Orang Ramai (Bahagian 1)
Lekas Layari Laman Google
Dapatkan Perhatian ‘Berapi’

Hari Keenam: Di Mana Adanya Wang
Trafik: Kuasa untuk Mempertingkatkan Pendapatan Anda
Penjana Wang Anda

Hari Ketujuh: Rancangan Seterusnya
Beberapa Keputusan yang Menakjubkan
Apakah Fasa ke-2?
Blog Saya

Hari Kelapan: Apa Lagi (Bahagian 2)
Ini Bahagian ke-2: Mempromosikan Blog Khusus

8 Hari Seterusnya
Melabur Dalam Perniagaan Anda
Pelawat yang Berharga

Langkah Seterusnya
Maju ke Peringkat Seterusnya
Mengenai Penulis


Untuk keterangan lanjut mengenai buku ini ,sila klik banner di bawah:


Thursday, December 8, 2011

Langkah Penting Memulakan Perniagaan




Untuk berjaya dalam perniagaan LANGKAH PENTING perlu kita lakukan adalah membuat penyelidikan terhadap apa jua perniagaan dan perkhidmatan yang hendak dijalankan.Persoalan  pertama yang perlu kita fikir .

"Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?".Kebanyakan di antara kita begitu ghairah untuk memulakan perniagaan tanpa menyelidiki pasaran terlebih dahulu,terus dapakan apa sahaja produk dan terus cuba jual pada harga yang ditetapkan.Mereka menganggap penyelidikan tidak perlu kerana pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan mereka.Sebenarnya cara ini adalah Salah dan tidak digalakkan.

   Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan dan kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan lamanya.Tidak dinafikan menylidiki pasaran aalah satu perkara yang agak membosankan kerana tidak dapat melihat wang masuk namum ianya amat penting untuk jangkamasa yang panjang.Perlu diingat Walaupun 9 daripada 10 rezeki datng daripada perniagaan tetapi 9 dari 10 perniagaan gagal mengalami kegagalan.


Sekiranya inginkan lebih banyak tip dan info mengenai perniagaan saya sarankan anda klik link yang di beri http://www.irfankhairi.com/
    

Friday, December 2, 2011

Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan



  Antara punca utama kegagalan dalam perniagaan adalah konsep yang salah,kerana kebanyakan usahawan memandang apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka.Mereka tidak sedar ada yang bermula dengan susah dan tidak kurang yang bermula dengan mudah.Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan untuk mengurangkan risiko kegagalan.Sebelum menjalankan perniagaan adalah penting untuk anda pelajari selok belok perniagaan yang ingin anda ceburi.Banyakkan belajar dari orang telah berjaya dan jangan lupa untuk belajar dari orang yang pernah gagal dalam perniagaan kerana pastinya mereka mempunyai banyak tip dan panduan bagaimana mengurangkan risiko kegagalan.Untuk berjaya terdapat beberapa prinsip utama menjalankan perniagaan antaranya:

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak di buat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itupinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Sumber Rujukan : Irfan Khairi


Sekiranya anda inginkan lebih banyak info serta panduan tentang perniagaan internet sila klik link yang diberi  http://www.irfankhairi.com/ 

Masukkan email untuk mendapatkan info
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...