Thursday, February 17, 2011

Tip Elak Tidur Berdengkur

Bila sebut pasal berdengkur pasti ramai rakyat Malaysia yg mengalami masalah ini,tidak kira jantina,keturunan atau pun bangsa.Mungkin ada yang tidak sedar bahawa masalah berdengkur ni boleh menggugat ketenangan pasangan utk tidur lena dan selesa.
 Menurut kajian American Academy Of  Otolaryngology,sebanyak 45% golongan dewasa normal akan berdengkur ketika tidur.Jadi persoalannya sekarang haruskah kita membiarkan ketenangan pasangan
kita terus diganggu tanpa berusaha mengatasinya?Sudah pastinya tidak,jadi utk mengatasi masalah ini marilah kita sama-sama berkongsi tip ini agar pasangan kita mendapat tidur yg berkualiti.

Cuba cara berikut dan lihatlah keberkesanannya:-
  • Ubah Posisi Tidur
Dengkuran terjadi apabila lidah,langit-langit,tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan antara satu sama lain.Posisi terlentang ketika tidur sedikit sebanyak menyumbang kearah masalah ini,kerana apabila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Utk mengelakkan masalah ini berlaku,cuba tidu pada posisi mengiring.
  • Turunkan 10% berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang lebih tebal,yg akan memungkinkan
munculnya risiko berdengkur.Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar masalah ini dapat diatasi.
  • Cuba Hindari Ubat Penenang
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa-apa shj produk ubatan yg bertujuan utk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana kecenderungannya menekan pernafasan.Jadi cuba elakkan mengambil ubat tersebut,bukankah sembahyang dan zikir pegubat hati yg resah dan gelisah.
  • Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas secara dalam atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita hilang.Jadi bila lendir dah hilang,insya Allah tidak akan ada dengkuran ketika tidur.

Itulah sahaja tip yang dapat saya kongsikan buat masa ini,diharap bg sesiapa yg mengalami masalah ni dapat mengatasinya dgn jayanya,agar harapan kita utk mendapat tidur yg.lena dan selesa tanpa gangguan serta mencapai kearah tidur yg berkualiti.


Sumber Rujukan: Majalah Nur



Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

4 comments:

c-serak said...

thanks for the info..hehee~

Mr. N said...

sorry...tak faham anda kata tu? apa yang perlu diasingkan? macam mana interface yg anda nampak?

Syafie Abdullah said...

maaf ye sembilan boleh tahu ni soalan tentang apa?

MiszCoMoT said...

oooo....good tips! bley tlg ceciter2 kat orang ramai...hehee

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...