Thursday, December 15, 2011

Book : Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari



Description: Buku Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari merupakan terjemahan daripada buku The 8-Day Internet Wonder. Ia memaparkan strategi unik dan inovatif serta memberi inspirasi kepada individu yang buat duit melalui bisnes Internet.

About The Author: Edwin John memegang Ijazah Kepujian dalam jurusan Geofizik dan berpengalaman luas dalam industri seperti cari gali minyak, kajian sains astronomi, IT, pemasaran, computer, jaringan laman web, penulisan dan penerbitan serta e-dagang dan pemasaran Internet. Beliau juga merupakan pengasas dan pemilik sebuah jaringan laman web yang menawarkan penyelesaian inovatif dan berkualiti. Usaha niaga e-dagang beliau yang pertama terpapar dalam Bahagian Teknologi, majalah The New York Times keluaran April 2001. E-buku kedua beliau How I Sell My Domain Names: A Weekend Crash Course, berjaya mencapai jualan tertinggi di 30 buah negara.

Contents:

Prakata
Pengenalan
Prebiu

Hari Pertama: Apa Produknya
Kuncinya ialah FOKUS
Penyelesaian… Penyelesaian… Penyelesaian…
Andalah Jawapannya
Soalan Popular, Jawapan Menguntungkan
Jadi, Di Mana Harus Anda Mulakan?

Hari Kedua: Apa Permasalahannya
Pencarian Bermula
Memperkenalkan 3P
Populariti
Pulangan
Potensi
Mentaliti Usahawan atau Pekerja
TIPS (Theory Into Practice Strategies), Strategi Teori kepada Latihan

Hari Ketiga: Di mana Pintunya
Aktif Menulis Blog

Hari Keempat: Apa Mesejnya
Anda Boleh Menulis?
Tiru Sahajalah!
Timbulkan Minat
Apabila ‘Mencuri’ Dibenarkan
Rumusan

Hari Kelima: Di Mana Orang Ramai (Bahagian 1)
Lekas Layari Laman Google
Dapatkan Perhatian ‘Berapi’

Hari Keenam: Di Mana Adanya Wang
Trafik: Kuasa untuk Mempertingkatkan Pendapatan Anda
Penjana Wang Anda

Hari Ketujuh: Rancangan Seterusnya
Beberapa Keputusan yang Menakjubkan
Apakah Fasa ke-2?
Blog Saya

Hari Kelapan: Apa Lagi (Bahagian 2)
Ini Bahagian ke-2: Mempromosikan Blog Khusus

8 Hari Seterusnya
Melabur Dalam Perniagaan Anda
Pelawat yang Berharga

Langkah Seterusnya
Maju ke Peringkat Seterusnya
Mengenai Penulis


Untuk keterangan lanjut mengenai buku ini ,sila klik banner di bawah:


Thursday, December 8, 2011

Langkah Penting Memulakan Perniagaan




Untuk berjaya dalam perniagaan LANGKAH PENTING perlu kita lakukan adalah membuat penyelidikan terhadap apa jua perniagaan dan perkhidmatan yang hendak dijalankan.Persoalan  pertama yang perlu kita fikir .

"Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?".Kebanyakan di antara kita begitu ghairah untuk memulakan perniagaan tanpa menyelidiki pasaran terlebih dahulu,terus dapakan apa sahaja produk dan terus cuba jual pada harga yang ditetapkan.Mereka menganggap penyelidikan tidak perlu kerana pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan mereka.Sebenarnya cara ini adalah Salah dan tidak digalakkan.

   Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan dan kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan lamanya.Tidak dinafikan menylidiki pasaran aalah satu perkara yang agak membosankan kerana tidak dapat melihat wang masuk namum ianya amat penting untuk jangkamasa yang panjang.Perlu diingat Walaupun 9 daripada 10 rezeki datng daripada perniagaan tetapi 9 dari 10 perniagaan gagal mengalami kegagalan.


Sekiranya inginkan lebih banyak tip dan info mengenai perniagaan saya sarankan anda klik link yang di beri http://www.irfankhairi.com/
    

Friday, December 2, 2011

Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan



  Antara punca utama kegagalan dalam perniagaan adalah konsep yang salah,kerana kebanyakan usahawan memandang apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka.Mereka tidak sedar ada yang bermula dengan susah dan tidak kurang yang bermula dengan mudah.Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan untuk mengurangkan risiko kegagalan.Sebelum menjalankan perniagaan adalah penting untuk anda pelajari selok belok perniagaan yang ingin anda ceburi.Banyakkan belajar dari orang telah berjaya dan jangan lupa untuk belajar dari orang yang pernah gagal dalam perniagaan kerana pastinya mereka mempunyai banyak tip dan panduan bagaimana mengurangkan risiko kegagalan.Untuk berjaya terdapat beberapa prinsip utama menjalankan perniagaan antaranya:

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak di buat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itupinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Sumber Rujukan : Irfan Khairi


Sekiranya anda inginkan lebih banyak info serta panduan tentang perniagaan internet sila klik link yang diberi  http://www.irfankhairi.com/ 

Masukkan email untuk mendapatkan info
Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Friday, November 18, 2011

Rezeki Bukan Milik KIta seorang



  Menurut pendapat dari org yg telah berjaya dalam perniagaan,mereka menganggap perniagaan ini umpama piramid ada tapak dan ada puncaknya.Tapak adalah hubungan sesama manusia seperti pekerja,rakan kongsi dan sebagainya.Puncak piramid pula adalah pendapatan kita,semakin tinggi puncak maka makin tinggilah pendapatan kita begitu jugalah sebaliknya.Perlu diingat rezeki yg Allah bagi bukan milik kita seora...ng,jadi kena kongsilah melalui derma,zakat dan sebagainya.Ramai di antara kita begitu sibuk meninggikan puncak piramid tapi mereka terlupa untuk melebarkan tapaknya.sebagai cth.kita terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan pekerja,akibatnya prestasi pekerja akan menurun dan akhirnya kita yg rugi.
    Cuba bayangkan jika sebuah piramid itu ditinggikan tanpa melebarkan tapaknya maka hilanglah keseimbangannya silap2 boleh tumbang.Jadi pd.mereka2 yg menjalankan apa2 perniagaan termasuklah affiliate,dah mencuba pelbagai cara tapi masih belum dapat meningkatkan pendapatan cuba kaji dimana kesilapan kita,mungkin kena tambah ilmu kita,maknanya korbankan sedikit duit kita pd.mereka yg mengajar bisnes affiliate.Ini setakat pendapat peribadi maaf kalau ada yg tersinggung,sbb saya pernah mengalaminya sendiri,dulu saya beranggapan ilmu bisnes internet tak penting tapi kesudahannya saya mampu menjana keuntungan walau sesen pun.Akhirnya saya cuba sertai bengkel2 dan membeli buku berkaitan bisnes internet,akhirnya Alhamdulillah saya mampu menjana Ringgit yg pertama.

Thursday, November 17, 2011

Tip Bisnes Melalui forum

FORUM
 
 
Seperti yg kita sedia maklum,dlm affiliate promosi sangatlah penting dan banyak media yg boleh kita gunakan utk tujuan promosi seperti media sosial antaranya Facebook,twitter,blog email dan sebagainya.Sekiranya anda dah mencuba kesemua cara yg saya katakan tapi masih tak berjaya,saya sarankan anda cuba pula mencari pelanggan melalui forum.Antara sbb promosi anda gagal di facebook adalah kerana promosi anda tak tepat ke sasaran,ini kerana terdapat macam-macam jenis org di FB, ada yg melayari FB utk mengadu nasib,utk bergosip,mencari ilmu dan ada juga utk beli barang.Mungkin promosi anda tersasar dari sasaran yg sebenar,jadi sbb tu lah saya sarankan cuba lakukan promosi di forum pula.
     Di dalam forum terdapat pelbagai kategori sbg.contoh sekiranya anda ingin mengadakan bengkel tentang ternakan ikan keli,cuba masuk forum perbincangan tentang ikan keli,pasti ramai penternak yg mengalami masalah dan menyuarakan persoalan tentang penjagaan ikan ini.Disinilah kita nak tunjuk HERO,sbg org yg berpengalaman pasti anda tahu mcmana nak selesaikan masalah mereka,jadi jgn kedekut bantu mereka menyelesaikan masalah mereka.Pasti mereka yg dibantu akan merasa senang hati dan terhutang budi dgn anda dan jgn lupa selitkan link FB atau Blog anda setip kali anda menyelesaikan masalah mereka.
   Sebagai cth."inginkan keterangan lanjut sila layari website @ blog saya di.....Jadi secara tak langsung anda telah meletakkan satu MAGNET di forum itu utk menarik lebih byk pelawat utk melawat blog @ website anda.Pastu jgn lupa update blog anda dgn memberikan byk tip yg berkaitan,pastikan tip lebih byk dari promosi.Kalau boleh 9:1 sembilan kali tip dan satu promosi,tip lebih takpe jgn promosi yg terlebih.Diakhir tip tu letakkan iklan tentang bengkel yg akan anda jalankan,pasti ramai yg akan join.

Monday, April 11, 2011

Sample Buku

 

Selalunya kalau kita nak beli buku di kedai atau tokoh-tokoh buku,kita akan selak terlebih dahulu muka surat buku tersebut kadang-kadang tuan punya kedai sampai bengang sebab tengok je beli tak juga.Tapi jangan risau anda boleh tengok selak dan melihat isi kandungan buku ini tanpa perlu rasa malu dan segan.Saya tak marah boleh tengok banyak-banyak kali.Sila klik pada gambar di bawah :








Klik disini

Klik disini

 



Klik disini






Klik disini

































klik disini

Klik disini

  

Klik disini




Klik disini




Klik disini





  
                                                            Klik disini


Klik disini
 

Klik disini



Klik disini
Klik disini


Klik disini


Klik disini


                                                           


Klik disini
Klik disini



Klik disini
Klik disini

Klik disini

Klik disini





Klik disini

Klik disini

Klik disini


Untuk keterangan lanjut mengenai buku ni sila layari  http://orderbookonline.blogspot.com/

Kalau suka boleh sebar-sebarkan di facebook dan twitter cuma tekan butang di bawah

Friday, March 4, 2011

Hukum memakai haruman beralkohol ketika solat


Baru-baru ni saya ada terbaca tentang penggunaan minyak wangi beralkohol ketika solat,ramai org mengatakan minyak wangi seperti ni haram digunakan ketika solat,ada juga yg menafikan.Jadi marilah kita sama-sama berkongsi maklumat tentang hukum memakai minyak wangi beralkihol ketika solat.Petikan ini saya copy dari forum
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8522.0

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.

Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?

Pengertian alkohol


Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.

i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)

ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)

Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Taala:


    Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(Surah al-Maidah: 90)

Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

( Kenapa Tapai Halal dan arak Haram, sedangkan kedua-duanya melalui proses penapaian, sila baca ini Antara Arak dengan Tapai
 http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=mniq8hk5983nl3eb63d400j2r2&page=258 )

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulama pun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:

Ertinya: "Setiap yang memabukkan lagi cair".

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:

Ertinya:" (Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal."

Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:

Ertinya: " (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur"

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.

Hukum alkohol daripada arak

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syarie adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:

Ertinya:" Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syarei)

Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.

Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia


Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.

Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?

Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bersabda:

Maksudnya: "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu'man bin Basyir radhiallahu anhu:

Maksudnya:" Maka barang siapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram."(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.

Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita.
Dapatkan minyak wangi terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani,Paris Hilton,Chanel dan banyak lagi disini

Friday, February 25, 2011

100 cara promosi Dan Tingkatkan Web traffic

Ramai di antara rakan-rakan kita di luar sana yang tercari-cari teknik dan tip utk. meningkatkan trafik mereka,terutama pd blogger-blogger baru seperti aku.Kali ni aku nak berkongsi sedikit  bagaimana cara utk mempromosikan dan meningkatkan web trafik kita.Tip ni boleh juga digunakan pada mereka yg menjalankan perniagaan melalui internet.Caranya mcm ni:-
  1. Buat blog dan cerita apa-apa perkembangan tentang diri anda secara lebih dekat.Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru.Search engines juga suka kandungan yg relevant dan baru seperti di blogger.com.Jadikan blog anda sebagai alat promosi yg berkesan.
  2. Fokus pada "niche"anda dgn lebih tersusun.Kandungan blog mestilah tersusun berkualiti dan unik.Contohnya korang suka paintball,cetalah pasal produk,kat mana boleh dapat,berapa kos dan perkhidmatan yg berkaitan.
  3. Letak fungsi kompenan Viral seperti social bookmarking seperti del.icio.us,furl.digg dan byk lagilah
  4. Pengunjungkan suka barang percuma,bg diorang "freestuff" atau pun free download supaya mereka seronok dan melayari blog web anda selalu.
Aku rasa cukup sampai disini sbb banyak sangat,itu baru intro je.

Utk pengetahuan korang e-book ni aku nak bg kat korang percuma je,aku ada beberapa lagi e-book percuma nak bg tapi kalau nak,korang email lah kat aku di apapajelah77@yahoo.com .senarai e-booknya seperti di bawah:-
  1. 20 cara jimat duit
  2. Buat duit dan cari duit dengan internet
  3. Tools usahawan internet
  4. 100 cara promosi dan tingkatkan traffic web anda
  5. Panduan Paypal
Terima Kasih pada Rahsia Ebiz (Fahmi) yg telah menghasilkan e-book berharga ni.



Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 24, 2011

Apa itu Paypal

Bila sebut pasal Paypal aku yakin dah ramai yang tahu,lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu melakukan transaksi jual-beli di internet.Kali ni aku nak berkongsi serba sedikit pasal Paypal sbb aku yakin masih ada lagi yang kurang faham apa itu Paypal,cara mohon dan syarat-syaratnya.

    Paypal

Paypal ini umpama bank maya yg berada dlm internet dan Paypal tidak mempunyai pejabat,mesin Atm utk tujuan pengeluaran mahu pun kemasukan secara direct.Sia-sia shj kalau korang cari mana-mana bank kat dunia yang bernama Paypal bank,mesti tak jumpa punya,sebab ianya hanya bank maya tapi tak bermaksud ianya tak wujud dan tak boleh melakukan transaksi.
  Boleh dikatakan hampir 90% pengusaha perniagaan secara online kat dunia ni menggunakan Paypal sbg bank mereka.Dengan adanya akaun Paypal,korang boleh membuat pengeluaran dan kemasukan di mana sahaja di seluruh dunia umpama korang dah membuka worldwide account bank.

  Kenapa banyak syarikat atau usahawan pakai paypal?

 Asalnya Paypal ni ditubuhkan utk kegunaan transaksi pembelian dan penjualan produk ebay.Tapi kini penggunaannya telah meluas,korang nak tahu kenapa? sebab Paypal ni sebuah sistem kewangan yang mengamalkan sistem keselamatan dan mempunyai undang-undang yang ketat,jadi korang tak payah risaulah kalau nak beli barang secara online di website yg menggunakan sistem Paypal ni.Duit korang akan selamat selagi korang ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Paypal.Satu lagi yuran yg dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan sistem kewangan yang lain.
   Kalau korang berhasrat menjalankan perniagaan atau ingin menjana pendapatan melalui internet,
mempunyai akaun Paypal boleh dikatakan satu kemestian.Ini kerana kebanyakan transaksi di internet
seperti pembayaran jual-beli dan komisyen  menggunakan akaun Paypal.

Syarat-syarat membuka akaun Paypal

  1. Anda mesti berada di Negara di mana Paypal di terima. Anda tak perlu bimbang kerana Malaysia merupakan salah satu Negara yang diterima oleh paypal.
  2. Anda perlu memiliki kad kredit atau kad debit (Master atau VISA) untuktujuan pengesahan Manakala untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda,hanya kad kredit atau kad debit yang mempunyai logo VISA sahaja yang bolehdigunakan untuk tujuan tersebut.Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan kad kredit atau kad debit VISA untuk tujuan pengesahan dan pengeluaran wang paypal
    Di bawah ini merupakan kad yang biasanya digunakan untuk tujuan
    pengesahan:
    “kad kredit VISA & MASTER Maybank, CIMB, CITIBANK,EON BANK, AMBANK”
    “kad debit VISA electron Public Bank, Allianz Bank, Tunemoney”
    PERHATIAN :
    Kad debit VISA Maybank tidak boleh digunakan untuk pengesahan akaun paypal.
Aku ada satu e-book yang menceritakan dengan terperinci tentang Paypal ni.Aku bercadang nak bagi e-book ni secara percuma itu pun kalau korang berminat.
Cukup tak kalau tak aku tambah lagi.
  1. 100 cara promosi utk tingkatkan web trafik  anda.
  2. 20 cara jimat duit
  3. Buat duit dan cari duit dengan internet
  4. Tools usahawan internet
Selepas subscribe sila nyatakan e-book tambahan yg korang nak kat ruangan komen beserta email korang.Kalau nak semua pun boleh juga takde masalah semuanya percuma. Terima Kasih pada Rahsia Ebiz (Fahmi) yg telah menghasilkan e-book berharga ni.

Apa yang menarik pasal e-book ni?
  1. Memberi penerangan tentang Paypal serta asal usulnya.
  2. Syarat-syarat membuka akaun Paypal
  3. Penerangan tentang Virtual Credit Card (VCC) kebaikan serta keburukannya.
  4. Cara nak mendapatkan VCC serta harga VCC
  5. Ada tutorial bergambar cara nak buka akaun Paypal
  6. Cara nak keluarkan wang dari akaun Paypal ke mesin ATM di Malaysia.
  7. Mengandungi link-link yang membekalkan maklumat berguna utk membantu korang utk memulakan perniagaan internet.
  8. Dan yang paling menarik sekali e-book ni aku nak bagi percuma je tak payah bayar hee..hee.
Menarik tak  e-book ni?,kalau nak aku boleh bagi kat korang melalui e-mail dgn subscribe blog aku ni.Borang subcribe ada kat sebelah kanan atas diruangan iklan.

Sumber rujukan: E-book Panduan Paypal (Mohd Zaki)

             
http://www.rezamohyin.com/featured/paypal-apakah-dan-bagaimana/




Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 17, 2011

Tip Elak Tidur Berdengkur

Bila sebut pasal berdengkur pasti ramai rakyat Malaysia yg mengalami masalah ini,tidak kira jantina,keturunan atau pun bangsa.Mungkin ada yang tidak sedar bahawa masalah berdengkur ni boleh menggugat ketenangan pasangan utk tidur lena dan selesa.
 Menurut kajian American Academy Of  Otolaryngology,sebanyak 45% golongan dewasa normal akan berdengkur ketika tidur.Jadi persoalannya sekarang haruskah kita membiarkan ketenangan pasangan
kita terus diganggu tanpa berusaha mengatasinya?Sudah pastinya tidak,jadi utk mengatasi masalah ini marilah kita sama-sama berkongsi tip ini agar pasangan kita mendapat tidur yg berkualiti.

Cuba cara berikut dan lihatlah keberkesanannya:-
  • Ubah Posisi Tidur
Dengkuran terjadi apabila lidah,langit-langit,tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan antara satu sama lain.Posisi terlentang ketika tidur sedikit sebanyak menyumbang kearah masalah ini,kerana apabila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Utk mengelakkan masalah ini berlaku,cuba tidu pada posisi mengiring.
  • Turunkan 10% berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang lebih tebal,yg akan memungkinkan
munculnya risiko berdengkur.Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar masalah ini dapat diatasi.
  • Cuba Hindari Ubat Penenang
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa-apa shj produk ubatan yg bertujuan utk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana kecenderungannya menekan pernafasan.Jadi cuba elakkan mengambil ubat tersebut,bukankah sembahyang dan zikir pegubat hati yg resah dan gelisah.
  • Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas secara dalam atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita hilang.Jadi bila lendir dah hilang,insya Allah tidak akan ada dengkuran ketika tidur.

Itulah sahaja tip yang dapat saya kongsikan buat masa ini,diharap bg sesiapa yg mengalami masalah ni dapat mengatasinya dgn jayanya,agar harapan kita utk mendapat tidur yg.lena dan selesa tanpa gangguan serta mencapai kearah tidur yg berkualiti.


Sumber Rujukan: Majalah Nur



Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Saturday, February 12, 2011

Jom baca tip dan pengalaman org yg dah jadi Jutawan

Saya yakin pasti ramai di antara kita ada menyimpan cita-cita untuk menjadi jutawan,buktinya kita boleh lihat dalam penglibatan masyarakat dalam skim cepat kaya,pelaburan internet dan sebagainya.
  Untuk pengetahuan anda sekalian,menjadi bukanlah suatu perkara yang mudah,kerana ianya memerlukan kita mengorbankan masa,tenaga dan juga wang untuk mendapatkan ilmu,pengalaman dan juga strategi perniagaan yang berkesan.Seperti kata jutawan internet yang terkenal saudara Irfan Khairi "Ramai orang beranggapan bahawa pejam celik je terus jadi kaya atau "overnight success.
   Dari kajian yang telah dijalankan dari 100 orang mungkin hanya 1 atau 2 sahaja yang berjaya dalam bidang kewangan dengan cemerlang.Seperti kata Dato'Fadzilah Kamsah nabi pernah bersabda untuk cemerlang di dunia wajib ada ilmu,untuk cemerlang di akhirat juga wajib ada ilmu dan jika nak berjaya dunia dan akhirat pun wajib ada ilmu.
  Oklah saudara-saudari sekalian marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman tip daripada jutawan-jutawan kita

Dato' Fadzilah Kamsah

Nama Dato'Fadzilah Kamsah memang tidak asing lagi dalam dunia motivasi,pakar motivasi no.1 di Malaysia.
Beliau telah mengendalikan beribu-ribu seminar motivasi di Malaysia dan juga di luar Malaysia dengan mengupas pelbagai topik dari isu cinta kepada isu-isu perniagaan,All in One.Merangkap sebagai pengarah
Excel Training Consultancy Sdn.Bhd.
  Sebelum berjaya dalam bidang motivator,beliau adalah seorang profesor madya dan pernah dimarahi oleh bapanya sendiri ketika meluahkan hasrat untuk berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.Tekanan yang dihadapinya dijadikan satu cabaran kerana pada beliau tekanan yang diberikan bapanya adalah satu fikiran rasional ibu bapa yang sayangkan anak yang mahukan anaknya melakukan perancangan yang lebih rapi agar berjaya dantidak menyesal kemudian hari.

Tekanan
   'Tanpa tekanan manusia manusia tidak akan menjadi hebat' itulah prinsip yang dipegangnya dan beliau menasihatkan jika ada sesiapa yang mengalami keadaan yang sama iaitu mendapat tentangan dari keluarga,jadi katakan pada ibu bapa kita agar mendoakan kejayaan kita.Ada 4 doa yang Allah tidak akan tolak iaitu doa ibu bapa,doa pemimpin yang adil,doa musafir dan doa orang yang dizalimi.
   Sebenarnya tekanan akan menjadikan manusia lebih kreatif,lebih bertenaga dan akan lebih tercabar,apabila mencapai tahap maksimum barulah tekanan itu terlampau banyak dan akan menjadikan sakit jiwa,murung dan sebagainya.
    Sebenarnya ada satu kisah yang dapat kita kaitkan tekanan yang membawa kepada kejayaan
Kisah ni berlaku di Jepun apabila seorang ibu hendak balik ke aparmentnya,ketika masih berada di tingkat bawah,dia telah melihat anaknya yang masih kecil berada di tingkat atas melambai-lambai ke arahnya dan seolah-olah mahu terjun untuk mendapatkan ibunya.Jadi ibunya apa lgi menjeritlah 'jangan terjun berulang kali'oleh kerana tempat itu tinggi,jadi perkataan jangan mungkin tidak sampai ke telinga kanak-kanak itu yang sampai hanya perkataan terjun-terjun.Jadi budak tu pun terjunlah,dalam keadaan yang kelam kabut,si ibu ni dengan memakai kimono berlari dan berjaya menyambut anaknya sedangkan jarak anaknya jatuh dengan jarak si ibu berdiri terlalu jauh dan agak mustahil untuk orang biasa malah jaguh pelari pecut dunia pun tak boleh buat.

Takjub
      Kerana takjub melihat kejadian itu ada pihak telah menjalankan ujikaji dengan memanggil jaguh pecut  untuk melakukan perkara yang sama dan pada jarak yang sama.Walaupun berulang kali di cuba tapi usaha mereka gagal.Cuba kita bayangkan bagaimana seorang suri rumah yang memakai kimono boleh berlari sepantas itu,walaupun dia bukan jaguh pecut.Ini semua adalah disebabkan tekanan yang menjadikan seseorang itu terdesak dan mampu melakukan perkara yang berada di luar kemampuan manusia.
  Pada saya kemiskinan pun satu tekanan yang boleh membawa kepada kejayaan juga,kita lihat pada usahawan-usahawan dan bekas-bekas pemimpin kita ada yang berasal dari keluarga susah.

Ada banyak lagi maklumat,tip dan kisah pengalaman pahit ,manis yang terpaksa mereka tempuhi sebelum
bergelar jutawan.Anda boleh mendapatkan maklumat ini di ebook yang bertajuk Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi di sini




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Wednesday, February 9, 2011

Petua dan Nasihat imam Al-Ghazali

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang petua dan nasihat beliau ,ada baiknya kalau aku ceta serba sedikit latar belakang imam Al-Ghazali.
 
Sejarah hidup Imam Al-Ghazali

 Imam Al-Ghazali adalah nama yg tidak asing lagi pd kaum muslimin di seluruh dunia,seorang tokoh yg terkemuka dlm bidang filsafat dan tasawuf.Pengaruh dan pemikirannya telah tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi.Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi,Abu
Hamid Al-Ghazali.Para ulama berselisih pendapat dlm.penyandaran nama Al-Ghazali,ada yg berpendapat
nama Al-Ghazali diambil sempena nama tempat kelahiran beliau di daerah Ghazalah di Thusi.Ada byk lagi pendapat dan kisah hidup Imam Al-Ghazali ni kat sini dan kat sini  pun boleh juga

Kali ini aku nak kongsi serba sedikit pasal petua-petua dan nasihat berharga dari imam Al-Ghazali.
  • Tugas utama manusia di muka bumi ini ialah membuat persiapan utk menempuh alam akhirat
  • Tidak semua bid'ah itu haram selagi ianya tidak bertentangan dgn islam,contoh mcm sembahyang tarawih.pertama kali diadakan oleh khalifah Umar Al-khattab R.A.
  • Apabila cinta terhadap Allah sampai ke lubuk hati,maka semua cinta kepada selainNya akan tersingkir.
  • Apabila cinta kita terhadap Allah mencapai kesempurnaan,maka tiada kesenangan yg dapat melebihi kesenangan melakukan ibadah.
  • Tiada yg lebih baik selain drpd ilmu dan ibadah.Jgn.kita gunakan otak kita selain utk ilmu dan ibadah.Tumpukan perhatian kita pada ilmu dan ibadah kerana selain drpd ilmu dan ibadah adalah batil dan sesat serta menghancurkan dunia.
  • Allah sentiasa memerhatikan segala tingkah dan laku kita,fikirlah sblm melakukan sesuatu.
  • Sentiasa ingat dan zikir kpdnya,fikirlah selalu tentang nikmat dan keagunganNya.
Ciri-ciri manusia yg mencintai Allah
  • Keinginan utk bertemu Allah amat kuat sekali sehingga sanggup mati kerana Allah
  • Bersedia meninggalkan segala yg dilarang dan melaksanakan apa yg Allah suruh.
  • Mencintai Al-Quran,Rasulullah dan mencintai apa shj ada hubungan dgnNya dan seluruh makhlukNya
  • Merasa rugi jika masanya terbuang begitu shj tanpa zikir.
  • Rela dan menerima segala qada' dan qadar Allah dgn senang hati.
Itulah dia sebahagian daripada nasihat dan petua drp Imam Al-Ghazali,maklumat selanjutnya boleh diperolehi
buku yg bertajuk seperti yg tertulis kat bawah ni.

Sumber rujukan: Buku Rahsia mengenal Nafsu Dan Cara Mengawalnya.





Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 3, 2011

Blog krisis di Mesir dan nasib rakyat kita

Pasti ramai yg tertanya-tanya dan ingin tahu bagaimana keadaan rakyat Malaysia yg berada di Mesir skrg.Sebenarnya rakyat kita yg berada disana telah pun membuat satu blog yg memberikan maklumat terkini dan tindakan yg telah diambil oleh kerajaan Malaysia utk membantu rakyat kita yg berada disana.

Utk pengetahuan korang kerajaan telah pun membuat keputusan melaksanakan operasi piramid utk membawa pulang pelajar Malaysia yg berada disana.
utk mengetahui lebih lanjut korang boleh layari http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ kat situ ada byk maklumat dan laporan operasi yg sedang dijalankan oleh ATM.




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...