Friday, December 31, 2010

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru


Pada semua blogger baru dan lama yg mempunyai follower yg kurang dari 300 org,jom ikut aku join segmen
ahsfantasy24 yg bertajuk Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru,sbb.dia ni berhasrat untuk menaikkan trafik bg blogger mcm aku ni ha,follower kurang 300 orang.Dia dan pun buat satu Page utk blogger mcm kita ni isi

 syarat senang je:-

  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong

Kalau korang nak join klik je kat sini ahsfantasy24 senangkan x susah.

Gigi berusia 400,000 Tahun Ditemui

Gigi berusia 400,000 tahun ini ditemui di Tel Aviv di sebuah gua di timur Tel Aviv,dgn pertemuan ini maka andaian saintis semasa bahawa manusia berasal dari Afrika.

   Menurut kata ketua pakar arkeologi yg mengetuai kerja lapangan iaitu Avi Gopher,gigi itu digunakan sehingga kira-kira 200,000 tahun lalu dan bertaburan dibeberapa lapisan tanah gua,terdapat yg lebih dlm.membuktikan tempoh lebih lama sehingga 400,000 tahun.

  Gigi ini pertama kali ditemui pd tahun 2006 mampu mencabar pandangan saintifik bahawa Afrika adalah tempat asal kelahiran manusia.
  Buat masa ni fakta manusia Homo sapien terawal ditemui wujud di Afrika Timur berusia kira-kira 200,000 tahun atau kurang sedikit.
 Menurut Gopher yg telah menjalankan penggalian di kawasan prasejarah Gua Qesem di tgh israel sejak 4 tahun lalu berkata fakta ni masih belum sahih dan diaorang kena buat kajian lanjut untuk membuktikan kesahihan usia gigi tersebut.
  Tapi masih ada saintis meragui penemuan itu dan membuat spekulasi bahawa gigi yg ditemui itu berkemungkinan besar kepunyaan manusia purba atau manusia beruk dirujuk sbg,Neanderthal.

Tahan juga gigi diorang ni padahal dulu mana ada ubat gigi

Sumber Rujukan: Berita Harian online

Tuesday, December 28, 2010

Kelebihan daging kambing

 Bila sebut daging kambing je,ramai akan kaitkan dgn penyakit darah tinggi tetapi setakat ni aku belum terbaca kenyataan yg menyokong kaitan darah tinggi dgn daging kambing.Kenyataan yg aku selalu baca mengatakan yg sebaliknya.
  Mari kita sama berkongsi maklumat tentang kelebihan daging kambing:-

Pengurai kolesterol

Salah satu bahan yang terdpt dlm darah yg menyebabkan penyakit darah tinggi dan obesiti adalah kolesterol.
Menurut penulis artikel ini,kolesterol kambing mampu mengurai darah yg tercemar dgn.kolesterol tepu.Ketika proses ini berlaku isipadu darah akan meningkat dan org yg ada sakit darah tinggi akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
     Walaupun daging kambing merupakan pengurai protein terbaik,pengidap darah tinggi tak mampu menahan gejala penguraian ini dinasihatkan agar tak menjadikan daging kambing sbg. terapi.Tapi yg takde darah tinggi bolelah amalkan mkn  daging kambing sbg pencegah darah tinggi.
      Kolesterol yang gagal dicerna oleh hati,akan disimpah dlm bentuk lemak di bawah permukaan kulit,bila dah banyak ianya akan menyebabkan masalah kegemukan (obesiti).Tekanan darah org yg mengalami obesiti akan menjadi tak stabil bila memakan daging kambing,dan turut pening akibat kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing.Dlm masa yg sama lemak yg berlebihan dlm badan akan dibakar,menyebabkan pemakannya akan merasa panas badan,berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan

Daging kambing turut mengandungi vitamin C semulajadi yg tak teroksida,ianya penting utk pembinaan dan ketahanan sel kulit.Vitamin C semulajadi ni juga mampu menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah  (NW18) berkaitan dgn kawasan Thalamus (NW3) yg berfungsi menjaga kasih sayang.Sistem badan yg sihat dan kuat utk pastikan bhg.Thalamus juga kuat dan membantu mewujukan perasaan kasih
sayang.
     Jantung yg menerima kolesterol daging kambing akan menjadi lembut dan lancar pegerakkannya.Jantung yg lembut akan mewujudkan perasaan gembira mudah tersentuh dan terpesona dgn sesuatu yg mengusik perasaan.Mereka yg amalkan makan daging kambing akan merasa tenang,gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang.

Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran fakta ni,tapi setakat ni semua artikel yg aku baca pasal daging kambing mengatakan ianya bagus dimakan.

Sumber Rujukan:Email
 

Saturday, December 25, 2010

Tiada Sijil Halal untuk Pewarna Rambut

Suatu Masa dulu kecoh pasal pewarna rambut ada logo halal,ramai pengguna yg berpendapat pewarna rambut yg ada logo halal itu halal dari segi hukumnya.Untuk pengetahuan korang ,JAKIM tak pernah mengeluarkan sijil halal utk sebarang pewarna rambut.Mesti ada yg tertanya-tanya kenapa eh?
   Menurut Penolong Pengarah Bhg. Hub Halal JAKIM Mohd.Fakarudin Masod seperti yg tertulis di majalah AL ISLAM,JAKIM tak memberikan sijil halal sbb.timbul isu dari segi pemakaiannya.Dari segi bahan2 yg digunakan takde masalah,kerana ianya tak bersumberkan haiwan atau selamat digunakan.Tapi yg menjadi isunya skrg pasal hukum pemakaiannya.
  Apa tujuan org suka pakai pewarna rambut,adakah sbb nak menunjuk2 atau sbgnya.Persoalan yg kedua pula adakah ianya kalis air atau tidak utk ambil wuduk.Ok dari segi ramuan  takde masalah JAKIM bole bg sijil halal tapi pemakaiannya yg jadi masalah.Dikhuatiri jika JAKIM bg sijil halal kat pewarna rambut,nanti pengguna akan beranggapan pemakaiannya juga halal walaupun utk tujuan yg tak dibenarkan oleh syarak.
       Utk mengelakkan kekeliruan dikalangan pengguna dari aspek pemakaiannya,JAKIM buat keputusan utk.tak memberikan persijilan halal pd semua jenis pewarna rambut yg ada kat pasaran.

  Jadi kalau korang jumpa ada logo halal kat produk pewarna rambut,logo itu bukan dari Jakim tapi dari Syarikat Swasta atau dari badan Halal Luar Negara.Jadi jgnlah terpengaruh.

Bahan Rujukan: Majalah AL-ISLAM Disember 2010

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa Sukar Mendapat Cinta

Mmg.sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin mencintai dan dicintai,ia bukan satu sifat yg sia-sia dlm diri manusia tetapi ia merupakan satu rahmat kpd hamba-hambanya.Perasaan ini merupakan satu fitrah semulajadi manusia yg unggul dan hebat.,sesungguhnya telah Allah jadikan manusia di muka bumi ini berpasangan dlm sistem kehidupan sehari-hari.
 Tetapi yg menjadi persoalan kpd sesetgh.org,mengapa sukar menemukan cinta.Menurut kajian yg telah dibuat oleh sesetgh pihak,terdpt beberapa faktor yg mempengaruhi fenomena ini.Antaranya:-

Hati yg.tidak Fokus
Hidup di zaman yg penuh cabaran ini menyebababkan ramai di antara kita sukar memberikan tumpuan dan fokus utk merancang hidup yg lebih serius dgn pasangan.

Terlalu byk cinta dlm satu masa
Fokus lebih kpd suami yg mempunyai ramai isteri dlm satu masa,Mmg.poligami itu suatu yg harus tetapi ada di antara suami yg gagal memberikan perhatian dan kasih sayang yg sewajarnya terhadap isteri-isterinya memnyebabkan penginiayaan berlaku.Begitu juga sebaliknya apabila isteri tertarik pd lelaki lain atas sbb.material pangkat dan sbgnya.

Banyak meminta Tapi kurang memberi 
Memang kita digalakkan byk meminta dgn Allah kerana ia merupakan satu kebaikan yg dipuji,tapi kerap meminta terhadap sesama manusia adalah perbuatan yg kurang mulia.Bak kata org.tangan yg memberi lebih baik drpd yg menerima.Para ulama pernah berkata jika kita byk membantu org lain,maka Allah akan bukakan pintu  rezeki.Mudah-mudahan salah satu pintu drpd pintu rezeki kita ialah pintu kasih sayang suami isteri.

Kenangan Silam
Fobia sering terjadi apabila kenangan lalu menghantuinjiwa.Ada kalanya ianya dipengaruhi oleh penilaian dan kegagalan kehidupan org lain,sehingga ia serik utk bercinta.

Masalah Kewangan
Pengurusan kewangan yg baik juga menjadi kunci kpd kebahagian,ini kerana sikap boros dan tidak pandai
menguruskan kewangan boleh menyebabkan keretakan rumahtangga.

Hidup yg tidak seimbang
Keseronokan mengejar impian,kerjaya dan kesenangan,menyebabkan kita sering lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.Ada yg beranggapan memenuhi keperluan zahir sudah mencukupi tanpa menghiraukan akan didikan yg sempurna utk keluarga.Mungkin juga sudah menjadi trend kehidupan masa kini utk hidup berorientasikan kekayaan dan material semata-mata tanpa menghiraukan tanggungjawab sbg.ayah,ibu @suami.

Sifat yg negatif
Mmg.kita akui setiap org.ada kelemahan,kekurangan @ sikap yg negatif,tetapi ianya boleh diatasi dgn.cara bijak dan berhikmah.Kekurangan dan sifat negatif kita yg jelek akan menyebabkan org menjauhkan diri dari kita.Buangkan sifat yg negatif dan tanamkan dgn seberapa byk benih-benih mahmudah supaya kita disenangi oleh masyarakat sekeliling.

Kurang Doa
Selalunya kita berdoa bila berada dlm kesusahan je,jadi perbanyakkanlah berdoa agar kita dapat melahirkan
persefahaman dan kasih sayang.

Tiada restu
Antara ibu bapa dan anak kenalah ada sikap toleransi antara satu sama lain,ibu bapa berhak mencorakkan kehidupan anak-anak,jadi sbg anak wajarlah mereka bersikap terbuka dan bekerjasama dgn keduanya agar tidak mendatangkan kemurkaan Allah.Di dalam institusi kekeluargaan perlu ada sifat toleransi yg tinggi dan kefahaman yg.utuh.

Sihir Atau Buatan Orang
utk.mencapai hasrat adakalanya manusia sanggup sihir dan menyihir antara satu sama lain,perkara ini sudah sinonim dgn masyarakat melayu walaupun ianya dilarang dlm islam.

Seseorang itu perlu mengubah dirinya kepada yg lebih positif dan mulia agar Allah juga turut sama mengubah diri kita agar mengikut hidayah-Nya yg lurus.Banyak lagi tip maklumat dan doa yg boleh diperolehi dlm buku ini yg bertajuk Cakar Harimau Tip kebahagiaan Rumahtangga

Sumber Rujukan:Cakar Harimau Tip kebahagiaan Rumahtangga

Tuesday, December 21, 2010

Asal Usul Hari Ibu

 Kat negara kita skrg ni ada mcm2 hari,valentine day,hari kanak-kanak ,hari guru,HARI IBU dan byk lagilah.Tapi kali ni aku nak ceta tentang asal usul sambutan hari ibu.Ceta ni aku copy drpd blog org.lain.link dia kat akhir ceta ni.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece,
sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga
kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan,
dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of
The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular
di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut
menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk
melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church
di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang
tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokong nya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas
di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun
1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
http://reds7472.blogspot.com/2010/05/asal-usul-hari-ibu.html kalau korang nak tgk yg dlm versi English punya  http://www.dayformothers.com/mothers-day-history/index.html

Monday, December 20, 2010

Taktik Baru Jenayah Rogol

Berita ni aku copy dari http://cetusanhati.com/info-and-articles/taktik-baru-jenayah-rogol pemiliknya meminta berita ni disebarkan

Sekarang ni, terdapat satu taktik jenayah rogol yang telah difowardkan melalui SMS, aku sebagai perempuan ni ingin berkongsi apakah taktiknya itu. Mari membaca cerita ringkas aku di bawah:
Seorang wanita meninggalkan pejabatnya selepas jam kerja dan melihat seorang anak kecil menangis di jalan. Merasa kasihan kepada anak itu, dia pergi untuk menanyakan apa yang berlaku. Anak itu berkata: “Saya kehilangan ibu dan ayah saya. Bolehkah anda menghantar saya pulang Ke rumah? ” Maka anak tersebut memberinya sehelai kertas dan memberitahu wanita itu di manakah alamat rumahnya.
Wanita yang baik hati itu tanpa mencurigai apa-apa membawa anak itu ke sana. Ketika mereka tiba di ‘rumah anak’ tersebut, wanita baik hati itu menekan loceng pintu dan ada kuasa bervoltan tinggi disambungkan kepada loceng itu membuatkan dirinya pengsan. Keesokan harinya ketika dia terbangun, dia mendapati dirinya di sebuah rumah kosong di perbukitan dalam keadaan tidak berpakaian. Kondom semua dilemparkan sekitar dengan air mani mengalir. Ada sekurang-kurangnya sekitar 20 kondom! Dia belum pernah melihat penyerangnya.
Disebabkan itulah, wanita yang baik hati seperti ini menjadi sasaran kejahatan “haiwan” yang tidak berperikemanusiaan. Jika situasi ini berlaku kepada anda, jangan sesekali membawa anak kecil ini ke rumah yang dimaksudkan. Mengapa tidak ke balai polis sahaja? Kehilangan anak-anak yang terbaik adalah dihantar ke balai polis. Sebarkan kepada anak-anak, saudara perempuan dan isteri.

Kena Tangkap Cuba makan kucing

 Smlm aku ada terbaca satu berita kat MINGGUAN MALAYSIA pasl seorg lelaki kena tangkap ketika cuba mkn kucing,peristiwa ni berlaku kat New York dan lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan.
 Menurut juruckp polis, kucing yg.ditemui di but keta ketika mengadakan sekatan jalanraya dlm keadaan badannya disaluti cecair campuran minyak,lada hitam,garam.dan beberapa bahan lain.
 Lelaki itu memberitahu polis yg dia memerap kucing itu utk dimkn.Kucing itu berjaya diselamatkan dan kini masih hidup.
 Kadang-kadang aku rasa pelik dgn perangai org2 kat barat ni,binatang kena kurung tak bg mkn salah,bunuh binatang lagilah salah.Tapi kurung org,bunuh org,seksa org sesuka hati boleh pula.Mcm kat Teluk Guantanamo tu diorg kena tangkap tanpa dibicarakan,kat Iraq,Afganistan,Palestin berapa ramai kena bunuh sesuka hati dibiarkan je.Seolah-olah nyawa binatang lebih berharga drpd manusia.Aku bukannya nak bela mamat ni tapi entahlah.......

Saturday, December 18, 2010

Cerita berunsur teka-teki

 Aku ada satu ceta berunsur teka-teki,yg korang kena beri jawapan beserta alasan dgn tepat.Tapi hadiah xde tau,ni utk suka2 je.Teka-teki ni cikgu aku yg bg dulu.Cetanya begini:-

Kat sebuah kg ada 3 sahabat karib,sorang tukang kayu,sorang lagi tukang jahit manakala yg lagi sorang
tokey kedai emas.Ketiga-tiga sahabat ni dah berumur,kira org tua lah ni.Kesemua sahabat ni belum berkahwin.
  Nak dijadikan ceta satu hari tkg kayu ni,termenung memikirkan nasibnya yg tiada teman hidup,dia merasa sgt kesunyian,tiba2 terlintas difikirannya utk mengukir patung kayu sebijik mcm perempuan.Sesudah siap mengukir si tkg kayu ni pun tunjukkan patung tu kat kwn. dia si tkg jahit.Si tkg jahit pun terpegun melihat akan akan kehebatan sahabatnya itu mengukir patung.si Tkg jahit mencdgkan agar patung itu dipakaikan dgn pakaian,lalu tkg jahit memakaikan  koleksi pakaian yg dia ada pd patung tu.Bila patung tu dah ada pakaian kedua-dua sahabat ni pun pegi lah pula kat rumah tokey emas.
  Bila tgk je patung tu dia pun menyarankan agar ianya dipakai dgn perhiasan emas,sbb perempuan kalau xde perhiasan emas x cantik.
   Setelah dipakaikan perhiasan emas tiba-tiba dgn kuasa Allah patung tu menjelma menjadi manusia.Maka ketiga-tiga sahabat tu pun tertarik akan kejelitaan patung yg telah menjelma menjadi seorang perempuan.Masalahnya skrg ketiga-tiga sahabat tu hndk menjadikan wanita itu sbg isterinya,mana bole kan perempuan ada tiga laki.

   Jadi pd pendapat korang siapakah yg paling layak kahwin dgn perempuan tu:-

A)Tukang kayu
B)Tokey kedai Emas
C)Tukang jahit

Jgn lupa jwpn beserta dgn alasan skli tau,tgh tunggu ni?sila Jwp kat ruang komen

Friday, December 17, 2010

Buat template sendiri

 Aku rasa mesti ramai yg suka menukar template sbb.asyik pakai template yg sama je kdg2 bosan juga,
Kali ni aku nak bagitau ada satu software yg  membolehkan korang design template sesuka hati,Nama software tu
 Artisteer2.Logonya mcm kat bwh ni:-


Apa yg menarik tentang software ni ialah ianya mudah digunakan,x perlukan technical skill kira mesra pengguna.Korang x perlu pegi kursus web design,photoshop,CSS,HTML dan mcm2 lagilah.Artisteer ni juga bole digunakan utk Aplikasi kat bwh ni :-

1)Joomla Template
2)Drupal Themes
3)wordpress Themes
4)DotNetNuke Skins
5)Blogger Template

Dia punya menu pun senang,cuba korang tgk kat bwh ni:-

1.Run Artisteer pastu klik Suggest Design Ideas ,korang kliklah sampai korang jumpa template yg 
   sesuai.Kat Suggest Design Ideas ni diorg dah set kan beberapa jenis template yg.diorg rasa
   menarik dan sesuai. Menu ni sebenarnya utk org yg baru nak belajar.
.


2)Bagi yg dah mahir dan nk cuba design sendiri pun boleh juga, kat sblh butang ideas tu ada byk butang colour,layout,background,Sheet,Header dan byk lagilah.Yg kat bwh.ni pula menu utk page layout,ini gunanya utk ubah kedudukan menu dgn header,kebiasaanya header di atas pastu menu di bwh,tapi kalau korang rasa terbalikkan pun bole juga,menu kat atas pastu header di bawah.

  


ok dah pun siap boleh korang apply kat blog korang,masukkan username dan password. 
kalau username dan password betul,akan keluar tajuk blog secara auto.Tekan publish maka bertukarlah template korang.




kalau nak tgk demo dan download Trial klik Kat sini

Tapi sblm buat tu pastikan template yg lama tu korang back up dulu.


Thursday, December 16, 2010

Kesan Tabiat bersolat pada Kesihatan Bhg.2

Kesan pemahaman maksud bacaan dlm solat Dan solat berjemaah

 Seperti yang telah dijanjikan kali ini,akan saya jelaskan sedikit tentang kesan pemahaman maksud bacaan dlm solat dan solat berjemaah.

 Fahami Maksud

Tahniah ye ke atas mereka yg telah memahami maksud bacaan dlm solat, ini kerana anda tergolong dlm golongan org yg mempunyai komposisi badan yg terbaik.Bacaan sudut fasa,kapasitan tubuh,dan bendalir dlm sel meningkat,manakala rintangan dan bendalir luar sel akan menurun.(SILA RUJUK BHG.1)
Bendalir dlm sel yg tinggi akan melancarkan darah ke seluruh badan terutama ke saraf otak,jadi otak akan mendapat bekalan oksigen yg mengcukupi,dgn ini fikiran dan emosi akan menjadi lebih tenang,serta mampu membuat keputusan yang rasional.
 Ini bermakna pemahaman maksud bacaan dlm solat mempengaruhi kesihatan,emosi dan cara kita berfikir.
Jadi marilah sama-sama kita berusaha untuk memahami bacaan dalam solat.Klik sini untuk makna bacaan dalam solat.

Solat berjemaah VS Solat Sendirian

Solat berjemaah amat digalakkan dalam Islam berbanding dengan solat sendirian kerana dengan berjemaah kemampuan sel-sel untuk mengkonduktivitikan cas elektrik akan bertambah.Ketika solat anggota badan saling bersentuhan dan menyebabkan adanya pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain.Ini terbukti berdasarkan fakta bahawa tisu hidup dalam badan kita terdiri daripada ion-ion positif dan negetif.Hasil daripada pengaliran cas ini badan seseorang yang kurang bercas telah dapat dicas dan diseimbangkan atau bertenaga sepenuhnya.Bila sudah dicas badan akan bertenaga semula untuk menyambung kerja harian.
    Bagi yang bersolat sendirian pula,sudut fasa dan kapasitan badan akan menurun manakala rintangannya akan bertambah.
 Ini bermakna pengaliran darah tidak lancar,otak tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat daripada rintangan yang telah bertambah.Jadi secara tidak langsung komposisi badan juga tidak seimbang.
Kita selalu mendengar ulama berkata solat adalah satu senaman yang baik,jadi inilah buktinya.Jadi saya menyeru pada diri saya serta saudara/saudari sekelian marilah kita sama-sama berubah dan memperbaiki solat kita,semoga ianya menjadi yang terbaik dan diterima Allah,kerana sembahyang itu tiang agama.

Sumber Rujukan: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains

Wednesday, December 15, 2010

Perhatian-perhatian

kenapa kafir tak pernah berhenti ? PENTING.

Image.1269920614664


Yang Pasti , Ini bukan ayat Al Quran.

korang nampak tak ?
Injilu Matay
harus ambil perhatian ni.

Kafir takkan pernah berhenti nak sesatkan umat Islam.
sebarkan ye ?

hope kita hati2.
jangan sampai ade yang beli dan gantungkan dirumah.
sebarkan yee ?
bgtau kat semuaaa umat islam.

kalau nampak ade perkataan Injilu Matay terus REJECT!
jangan smpai kita diperbodoh2kan.

kalau ade blog , copy and paste kat blog korang k ?
sekali pandang mmg macam ayat alquran tp sebenarnya , ayat dari kita Bible.
masyaAllah.

sumber : borakkosong

Tuesday, December 14, 2010

Kesan tabiat bersolat pada kesihatan Bahagian 1

 Kali aku nak bercerita tentang kesan tabiat bersolat pada kesihatan,kali ini aku jadikan buku Solat Kebaikan dari perspektif Sains hasil tulisan Fatimah Ibrahim,Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok sebagai sumber rujukan aku.Kesemua mereka ni antara org.yg bertukus lumus menjalankan kajian tentang kesan solat ke atas kesihatan.
  Menurut kata penulis, tabiat solat yg sempurna 5 kali sehari mempunyai nilai sudut fasa,kapasitan badan,kadar metabolisme basal (BMR) dan jisim sel badan (BCM) yg lebih tinggi,berbanding org yg solat x cukup 5 kali sehari.Nilai rintangan badan juga jauh lebih rendah.
 Ini bermakna org yg sempurna solatnya 5 kali sehari mempunyai nilai komposisi badan yg lebih sihat berbanding dgn yg x sempurna.Secara tak langsung ianya dpt meningkatkan tahap ketahanan badan,serta menghindarkan risiko penyakit jantung,stress,kolesterol serta penyakit lain.

Kapasitan Badan

Apa itu kapasitan?
Kapasitan badan bermakna keupayaan sel menyimpan tenaga,semakin tinggi kapasitan badan maka semakin tinggilah keupayaan sel menyimpan tenaga dan semakin tinggilah tahap kesihatan kita.Ini adalah kerana sel-sel organ dlm badan kita mendapat makanan yg secukupnya utk memberi tenaga kpd kita.Sebaliknya jika tahap kapasitan badan rendah badan menjadi lesu dan letih ,ini kerana sel badan tidak mendpt makanan yg mencukupi dan proses penghasilan tenaga utk badan juga terbantut.

Nilai rintangan Badan

Kekenyalan saluran darah dipengaruhi oleh nilai rintangan badan,semakin rendah nilai rintangan makin bagus sbb ianya akan meningkatkan kekenyalan saluran darah.Dengan ini darah dpt mengalir dgn lancar ke seluruh anggota badan dan memberi kecergasan kpd badan.

Nilai sudut fasa

Nilai sudut fasa yg tinggi menunjukkan tahap ketelapan intergriti membran sel yg tinggi,dgn ini organ dlm badan dpt berfungsi dgn baik dan dpt menghindarkan bendasing dari merosakkan sel-sel dlm badan.

Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk pada kandungan air dan tisu (lemak,tulang dan otot) di luar sel dan di dalam sel tubuh badan manusa.Kandungan komposisi badan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

 Badan kita terdiri dari 4 kompenan utama:-

1)Tisu Aktif- Terdiri daripada sel hidup berfungsi utk menjalankan aktiviti penukaran bahan
                     makanan,oksigen dan lemak kpd.tenaga.

2)Tisu Tulang-berfungsi utk menjadi rangka kpd badan dan menyokong tisu-tisu lembut
                      di dlm. badan.

3)Air            -Membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan yg di makan.
                      juga berfungsi mengawal suhu dan memberi kelembapan pada badan.

4)Lemak      -Bahantara simpanan utk menghasilkan tenaga dan sbg.perantara organ.
                      Bila terlebih boleh mendatangkan penyakit.

Sampai di sini dulu nanti aku sambg.lagi di artikel akan dtg.

Sumber rujukan:Solat Kebaikan dari perspektif Sains

Menarik pada artikel akan datang:-

1)Kesan pemahaman maksud bacaan dlm solat.
2)Perbezaan kesan antara solat berjemaah dgn. bersendirian.

Friday, December 10, 2010

Tahukah Anda knp rakaat dlm sembahyang berbeza2

Pernahkah kita terfikir knp rakaat pada setiap sembahyang fardu berbeza2.Aku pernah terbaca
satu artikel yg memberi ulasan tentang rakaat dlm sembahyang.
  Menurut kata penulis ini,rakaat setiap waktu sembahyang ni berbeza2 kerana dipengaruhi oleh aktiviti
seharian umat manusia di muka bumi ini.Sblm tu aku nak ceta apa yg akan berlaku bila kita penat,
 Sebenarnya dlm bdn kita ada 2 cas iaitu positif (+ve) dan negetive (-ve),dlm masyarakat cina di panggil Yin & Yang,diorang ni percaya kestabilan cas-cas ni mampu mempengaruhi tahap kesihatan seseorg.Bila kita penat maka kan berlaku pengurangan @ penambahan cas samada +ve @ -ve bergantung pada keadaan,jadi utk menstabilkan cas-cas ni kenalah sembahyang.Oleh kerana aktiviti kita berbeza dari siang ke mlm jadi rakaat sembahyang pun berbeza.Aku akan beri huraiannya satu persatu kat bwh ni:-

Zohor    - Kebiasaanya waktu begini adalah waktu puncak kita bekerja,kira waktu paling
                sibuklah,waktu ini lah cas bdn kita akan jadi tunggang-langgang,tahap maksimum
                jadi sbb tulah kena sembahyang 4 rakaat.

Asar       -Alasannya sama seperti waktu zohor juga kebiasaannya waktu ni kita tgh sibuk
                nak siapkan keje,maklumlah dah nak balik.

Maghrib  -Kebanyakan umat manusia waktu ni dah balik rumah kecuali yg keje shift
                 kira waktu rehat & bersantai bersama keluarga,sbb tu rakaatnya 3 je.

Isyak      - Utk isyak ada lain sikit mesti pelik kan maghrib 3 rakaat je tapi isyak pula
                 kena 4 rakaat pula.ok sbb.kita kena simpan tenaga utk bgn beribadah tgh mlm,
                 x kisahlah tahajud ke.

Subuh    - Subuh pula kena 2 rakaat sbb kita baru bgn tido dah ckp rehat dah,kira 2 rakaat
                tu utk bagi bdn segar sikit.

Kestabilan cas dlm bdn. belum cukup sempurna kalau x ditambah dgn aksesori ni

Sembahyang berjamaah    -Bila kita berjamaah buku lali setiap jemaah kena bertemu dgn
                                          buku lali jemaah yg berseblhn.dgn mereka, begitu juga dgn
                                          bahu.Bila dah bertemu barulah mereka saling bertukar cas
                                          & saling mengimbangi antara satu sama lain.Cth:-jika sblh
                                         kiri kekurangan cas +ve sblh kanan pula terlebih cas +ve
                                         maka ianya akan berpindah ke sblh kiri & sebaliknya.

Lihatlah betapa sayang dan hebatnya Allah,cuma kita kadang2 x sedar @ terlupa,bila
kita ditimpa kesusahan & musibah selalunya kita akan bertanya knp aku bkn org.lain,
tapi bila kita senang,dpt rezeki yg melimpah ruah tanpa di jangka2,berapa org akan berkata
knp Allah bg kat aku bkn org lain.
 Sebenarnya ada byk lagi rahsia sembahyang yg perlu dikupas & dikaji dgn mendlm,cth pergerakkan
dlm sembahyang dan pemahaman bacaan dlm sembahyang itu sendiri mampu mempengaruhi
kesihatn tanpa kita sedari.Sbb tu lah setiap ibadah yg diwajibkan ke atas kita,kena buat sbb
ada rahsia disebalik arahan Allah.Allah x rugi apa2 malah kita yg rugi kalau ingkar akan arahanNYA.
          
              

Thursday, December 9, 2010

Kaitan gula dgn masalah mental

Sel kanser
 Aku pelik, hairan & risau tgk budak2 zaman skrg ni,diorg punya ganas lain mcm je,seingat aku waktu sekolah dulu,susah nak dengar budak pukul cikgu.Walau ganas & gengster mcmana pun diorg x berani pkl cikgu,tapi skrg aku tgk,makin berleluasa.Aku ada baca satu buku tentang kaitan gula pada emosi seseorg.cetanya lebih kurang mcm ni.

Kaitan gula dgn emosi
Menurut buku yg bertajuk Gula memudaratkan kesihatan keluaran persatuan pengguna P.Pinang,gula ada kaitan dgn masalah mental.Sebenarnya otak kita sgt. sensitif & mudah bertindak terhadap perubahan kimia dlm badan.Apabila kita mkn gula,pengeluaran insulin dlm badan akan dihalang,jadi kandungan gula dlm darah akan bertambah.Bila kandungan gula sudah tinggi dlm darah mka timbullah kekeliruan,minda yg x stabil & dikaitkan dgn perlakuan jenayah juvenil.Menurut kajian Dr.Alexander G.Schuss dlm bukunya yg bertajuk Dies Crime & Delinquency,ramai pesakit mental dan banduan adalah pencinta gula & keadaan emosinya akan menjadi pelik bila diaorg makan terlalu byk makanan manis.

Gula & kanser
Drpd kajian yg telah dijalankan gula dalah makanan pada sel kanser,satu kajian yg memantau diet 80,000
wanita & lelaki yg sihat dari 1997-2005 mendapati risiko mengembangkan kanser pankreas ada kaitan dgn jumlah gula dlm diet.131 org dlm kajian itu mengembangkan kanser pankreas,kebanyakannya byk minumair bergas & byk gula.


5 perkara yg x kena dgn gula

Bukan bahan kimia asli - dihasilkan drpd tebu ditapis menjadi sukrosa tulen selepas
                                      menyingkirkan vitamin,galian,protein,enzim & nutrien lain
                                      yg penting.Tebu bntk aslinya kaya dgn vitamin tapi bila dah
                                      kena proses hilanglah.

Proses pembuatan        - Dimampatkan menjadi jus,diproses menjadi molases,
hampirsama dgn heroin    pastu gula perang,last skli jadilah gula.

Hampir menyerupai      -kurang satu molekul je drpd alkohol (C12H22O11)
alkohol

Ketagihan                    -Gula bole sbbkan org ketagih,apabila singkirkan gula dari diet akan
                                     menyebabkan tangan menggeletar,selsema,sakit kepala &
                                     mood yg sentiasa berubah2.

Memudaratkan            -apabila kita mkn gula bdn terpaksa pinjam nutrien penting drpd sel2
                                     badan utk meneutralkan kesan gula dlm badan sbb.gula x bole
                                     diterima oleh badan.

Korang bayangkan mcmana dari kecik kita diajar minum susu yg mengandungi gula yg tinggi,sbb tu budak jadi hyperaktif.Ia adalah kesan drp gula yg telah merangsang kanak-kanak yg dah aktif menjadi hyperaktif.                                   

                                      
   Bahan Rujukan: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gula Memudaratkan              
                            Kesihatan                              

Monday, December 6, 2010

Perniagaan Internet

Korang tau x apa tu program affiliate?

Affiliate adalah satu program dimana korang dikehendaki mempromosikan produk2 syarikat tertentu
ikut syarat2 yg telah diorg tentukan.Apa yg menarik program ni x memerlukan korang utk byr yuran pendaftaran walau sesen pun.Program ni 100% percuma.Cuma ada sesetengah tu minta kita beli barang dia dulu sbg syarat utk mendaftar.Affiliate ni sama mcm jurujual yg selalu kita jumpa kat pasaraya atau yg datang dari rumah ke rumah,cuma bezanya dlm affiliate ni kita kena jadi jurujual maya,tak perlu jumpa pelnggan cuma promosikan kat internet je.

 Ada sesetengah syarikat akan memilih siapakah diantara korang yg layak menyertai program mereka.Kebiasaannya pihak syarikat akan meminta URL website @ blog korang utk dinilai samada sesuai ke x utk masuk program diorg.Ada juga yg bertanya soalan mcmana cara korang nak promosikan barang dioarg.

 Program ni utk menberi peluang pada sape2 kat luar sana utk menjana pendapatan tanpa perlu ada produk utk dijual.Setelah berjaya mendaftar sbg agen affialate korang akan diberikan satu URL syarikat yg mengandungi ID korang Cth.www.<websitesyarikat.com/id<korang punya ID>.Banner syarikat akan diberikan,kena letak kat laman web @ blog korang.Jika pelawat mengklik banner tersebut & membeli produk diorg,pihak syarikat akan memeriksa dari URL serta no.ID siapa yg diklik utk pelawat tu buat pembelian.Korang juga bole promosikan URL yg korang dpt tu melalui email & sbgnya tapi  pastikan URL yg korang pakai tu ada tertera no ID korang kalu x melepaslah.

  Tapi satu perkara yg perlu dingat ianya x semudah yg disangka kerana memerlukan kesabaran yg tinggi
bukan senang nak promote org beli barang.

Kelebihan affiliate marketing


Korang tak perlu bersusah payah keluarkan modal dan meluangkan masa untuk buat produk yg nak dijual,hanya perlu cari produk yg korang rasa sesuai,kemudian promosikan dgn gunakan teknik yg sesuai kat blog atau pun website korang.Bila ada pelanggan yg beli dapatlah komosyen sepertimana yg telah ditetapkan oleh pihak syarikat.


 Oleh kerana tak perlu buat produk sendiri,jadi risiko utk rugi sangat kecil sebab bila produk yg dipromosikan  tak laku,korang tak rugi apa-apa.Lagi satu korang tak payah fikir mcmana nak hantar produk kat pengguna,kepala tak pening fikir karenah pelanggan yg mcm2.Kesemua urusan ni akan dibuat oleh pihak syarikat.Kerja korang cari pelanggan tarik perhatiannya utk beli produk.


 Kelemahan Affiliate Marketing


Biasalah kat dunia ni tak ade yg sempurna,pasti ada kelemahan,Saingan berkemungkinan menjadi sgt hebat,sebab semua org jual produk tg sama.Jadi korang kena fikir mcmana nak bg pembeli memilih anda berbanding agen affiliate yg lain.Jadi waktu ni lah ilmu,strategi dan kemahiran menjual produk affiliate perlu korang kuasai.Jadi nasihat saya cuba bina kredibiliti supaya pembeli lebih percayakan korang drpd agen affiliate yg lain.Rajin-rajinlah buat kajian kat internet,ambil kursus,insyallah jika ada usaha,pasti ada kejayaan cuma lambat atau cepat je.



Kat bawah aku ada cth syarikat yg menawarkan program ni,




Nak tahu lebih lanjut klik kat sini

Thursday, December 2, 2010

Halalkah Makanan yang kita makan

  Skrg ni kebanyakkan barangan pengguna yg berada di pasaran dari kosmetik hinggalah ke produk kesihatan,boleh memudaratkan kesihatan pengguna.Sementara lainnya pula haram menurut ajaran islam.Drpd. kajian yg dijalankan oleh pelbagai pihak,banyak makanan yg diproses skrg ni mengandungi gula & garam berlebihan.Ada juge yg mengandungi bahan penambah yg. tak dpt dipastikan halal @ haram.
   Bahan penambah ni ada yg berbahaya & ada yang diambil dari sumber binatang yg haram.

Dlm.ruangan kali ni saya akan terangkan serba sedikit tentang bahan penambah serta sumbernya.Sebelum tu mari kita lihat serba sedikit kronologi pendedahan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) mengenai isu halal & haram:-

1997-Sosej daging lembu dari Australia mengandungi Daging babi
1981-Alkohol dikesan dlm minuman tonik bayi.
1982-Ujian CAP mengesahkan gelatin diperbuat dari sumber babi
        -CAP juga mendapati uri bayi dari hospital kerajaan di jual kpd syarikat kosmetik di luar
          negara.
1984-Susu rumusan bayi mengandungi lemak binatang
1986-Monogliserida (penambah makanan  dari sumber haiwan) di kesan dlm makanan.

Lemak babi ditemui dlm penghasilan minyak wangi,plasma darah dlm produk makanan,& coca cola mengandungi alkohol.

Perasan tak kat senarai bahan2 yg tertulis pd pembungkus produk yg kita beli ada kod E dikuti dgn nombor siri CTHNYA:-E100,itu adalah kod penambah makanan yg diluluskan oleh kesatuan Eropah (EC) je,tapi kini ianya telah digunakan oleh seluruh negara termasuk Malaysia & negara islam yg lain.EC bukanlah negara islam sbb tu diaorg takde hal tapi,tapi berbeza dgn kita kat Malaysia ni.Berikut adalah susunan kod dan kategori penambah makanan:-

E100-199     - Pewarna
E200-299     - Pengawet
E300-399     - Pengoksida,fostat & agen antipengoksidaan
E400-499     - Pemekat,pelembap,pencegah ketulan & pemantap
E500-599     - Garam dan adunan lain
E600-699     - Penambah Perisa
E900-999     - Pengilat,pemanis&sebatian utk tepung
E1000-1399 - Pelbagai bahan penambah makanan
E1400-1499 - kanji tiruan

Senarai N0.E penambah yg diragui
Senarai penambah makanan serta sumbernya

Bahan2 dari rumah sembelihan

 Kat rumah sembelihan biasanya diorg sembelih berpuluh2 malah mungkin beratus2 ekor binatang dlm sehari,jadi darah ,lemak & organ dalaman binatang yg disembelih sukar utk dibuang  dan menelan kos yg tinggi.Jadi drpd dibuang lebih baik diorg proses balik jadikan bahan sampingan yg lain,kat situlah terhasilnya bahan penambah makanan.

Darah                       - Diproses menjadi serbuk plasma darah dicampur dlm produk makanan
                                   seperti bebola ikan,sotong,udang,burger & sosej.
Pankreas                  - Insulin utk pesakit kencing manis,pankreatin utk bantu penghadaman
Tulang                      - Diproses utk mandapatkan sumber2 kalsium dan fosforus
Usus                         -utk jahitan perubatan
Sistem saraf tunjang  -Kolestrol utk produk hormon
 Hati                         -Ekstrak hati utk rawatan anemia

Kalau semua benda ni kecuali darah ambil dari lembu @ binatang yg halal di makan ok lah tapi kalau sebaliknya.

Saya rasa ckplah stkt ni dulu ceta pasal halal haram,akan disambg. pd artikel akan dtg. Semua ini diperolehi dari buku panduan persatuan pengguna islam halal haram

Jenama Ubat gigi yang halal

Sumber rujukan: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Halal Haram

Wednesday, December 1, 2010

Kalau Dah kreatif

Kalau dah kreatif mcm2 boleh buat tgk gambar kat bawah ni dgn paku pun boleh menggambarkan wajah seseorang


 






Mcm nilah rupanya lukisan yg dah siap tu cantik x?

Thursday, November 18, 2010

Tabik Syaitan




Ramai orang islam diantara tak kira lelaki atau perempuan suka membuat isyarat mcm kat bawah ni,tanpa mengetahui apakah maksud disebalik isyarat yg.mereka tunjukan.Bla tgk. artis barat buat mcm.tu ramai yg terikut-ikut.Dalam ruangan ini akan saya jelaskan maksud disebalik isyarat yg suka sgt org buat.

Monday, November 8, 2010

Waktu yang sesuai untuk minum air

Semua orang tahu badan kita memerlukan banyak air.Ramai di antara kita hanya minum bila betul-betul haus sahaja & tidak tahu waktu yang sesuai untuk minum air.Jadi tip ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk memilih waktu yang sesuai untuk minum air
<>
<>
Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

 Two (02) glass of water - After waking up -  Helps activate internal organs

 One (01) glasses of water  - 30 minutes before meal - Help digestion
low

 One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

 One (01) glass of water - Before sleep  - To avoid stroke or heart attack



Thursday, October 28, 2010

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Angin Ahmar(STROKE)

Alat yang diperlukan hanyalah jarum suntikan ataupun jarum jarum jahit yang biasa di gunakan untuk menjahit di rumah.Kaedah ini terbukti berkesan dgn.izin Allah dan merupakan ianya agak luar biasa kerana mampu menyembuhkan pesakit angin ahmar & dapat mengelakkan seseorang itu daripada lumpuh.

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...