Saturday, February 12, 2011

Jom baca tip dan pengalaman org yg dah jadi Jutawan

Saya yakin pasti ramai di antara kita ada menyimpan cita-cita untuk menjadi jutawan,buktinya kita boleh lihat dalam penglibatan masyarakat dalam skim cepat kaya,pelaburan internet dan sebagainya.
  Untuk pengetahuan anda sekalian,menjadi bukanlah suatu perkara yang mudah,kerana ianya memerlukan kita mengorbankan masa,tenaga dan juga wang untuk mendapatkan ilmu,pengalaman dan juga strategi perniagaan yang berkesan.Seperti kata jutawan internet yang terkenal saudara Irfan Khairi "Ramai orang beranggapan bahawa pejam celik je terus jadi kaya atau "overnight success.
   Dari kajian yang telah dijalankan dari 100 orang mungkin hanya 1 atau 2 sahaja yang berjaya dalam bidang kewangan dengan cemerlang.Seperti kata Dato'Fadzilah Kamsah nabi pernah bersabda untuk cemerlang di dunia wajib ada ilmu,untuk cemerlang di akhirat juga wajib ada ilmu dan jika nak berjaya dunia dan akhirat pun wajib ada ilmu.
  Oklah saudara-saudari sekalian marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman tip daripada jutawan-jutawan kita

Dato' Fadzilah Kamsah

Nama Dato'Fadzilah Kamsah memang tidak asing lagi dalam dunia motivasi,pakar motivasi no.1 di Malaysia.
Beliau telah mengendalikan beribu-ribu seminar motivasi di Malaysia dan juga di luar Malaysia dengan mengupas pelbagai topik dari isu cinta kepada isu-isu perniagaan,All in One.Merangkap sebagai pengarah
Excel Training Consultancy Sdn.Bhd.
  Sebelum berjaya dalam bidang motivator,beliau adalah seorang profesor madya dan pernah dimarahi oleh bapanya sendiri ketika meluahkan hasrat untuk berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.Tekanan yang dihadapinya dijadikan satu cabaran kerana pada beliau tekanan yang diberikan bapanya adalah satu fikiran rasional ibu bapa yang sayangkan anak yang mahukan anaknya melakukan perancangan yang lebih rapi agar berjaya dantidak menyesal kemudian hari.

Tekanan
   'Tanpa tekanan manusia manusia tidak akan menjadi hebat' itulah prinsip yang dipegangnya dan beliau menasihatkan jika ada sesiapa yang mengalami keadaan yang sama iaitu mendapat tentangan dari keluarga,jadi katakan pada ibu bapa kita agar mendoakan kejayaan kita.Ada 4 doa yang Allah tidak akan tolak iaitu doa ibu bapa,doa pemimpin yang adil,doa musafir dan doa orang yang dizalimi.
   Sebenarnya tekanan akan menjadikan manusia lebih kreatif,lebih bertenaga dan akan lebih tercabar,apabila mencapai tahap maksimum barulah tekanan itu terlampau banyak dan akan menjadikan sakit jiwa,murung dan sebagainya.
    Sebenarnya ada satu kisah yang dapat kita kaitkan tekanan yang membawa kepada kejayaan
Kisah ni berlaku di Jepun apabila seorang ibu hendak balik ke aparmentnya,ketika masih berada di tingkat bawah,dia telah melihat anaknya yang masih kecil berada di tingkat atas melambai-lambai ke arahnya dan seolah-olah mahu terjun untuk mendapatkan ibunya.Jadi ibunya apa lgi menjeritlah 'jangan terjun berulang kali'oleh kerana tempat itu tinggi,jadi perkataan jangan mungkin tidak sampai ke telinga kanak-kanak itu yang sampai hanya perkataan terjun-terjun.Jadi budak tu pun terjunlah,dalam keadaan yang kelam kabut,si ibu ni dengan memakai kimono berlari dan berjaya menyambut anaknya sedangkan jarak anaknya jatuh dengan jarak si ibu berdiri terlalu jauh dan agak mustahil untuk orang biasa malah jaguh pelari pecut dunia pun tak boleh buat.

Takjub
      Kerana takjub melihat kejadian itu ada pihak telah menjalankan ujikaji dengan memanggil jaguh pecut  untuk melakukan perkara yang sama dan pada jarak yang sama.Walaupun berulang kali di cuba tapi usaha mereka gagal.Cuba kita bayangkan bagaimana seorang suri rumah yang memakai kimono boleh berlari sepantas itu,walaupun dia bukan jaguh pecut.Ini semua adalah disebabkan tekanan yang menjadikan seseorang itu terdesak dan mampu melakukan perkara yang berada di luar kemampuan manusia.
  Pada saya kemiskinan pun satu tekanan yang boleh membawa kepada kejayaan juga,kita lihat pada usahawan-usahawan dan bekas-bekas pemimpin kita ada yang berasal dari keluarga susah.

Ada banyak lagi maklumat,tip dan kisah pengalaman pahit ,manis yang terpaksa mereka tempuhi sebelum
bergelar jutawan.Anda boleh mendapatkan maklumat ini di ebook yang bertajuk Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi di sini




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

6 comments:

faiz said...

blom jadi jutawan..tak tau nak kongsi ape..heheh

Syafie Abdullah said...

faiz maaf ye tajuk agak mengelirukan sebenarnya entri ceta pasal pengalaman org yg dah bergelar jutawan.ok takpe tajuk aku dah tukar

Unknown said...

satu hari nanti .. ;)

anastasyea's latest post .. Tumbangnya Dinasti Hosni Mubarak ..

Dila's Art said...

Dang rasalah semuanya kena bermula dari awal, yelah dari zaman persekolahan. Kalau umur dah menjengah separuh abad payahlah nak katakan..
Samada perancangan yang tepat atau duit terpijak..

Syafie Abdullah said...

Sebenarnya Dang,tiada istilah terlalu cepat atau lambat utk.bergelar jutawan.Cuba kita lihat Kolenel Saunders (KFC)dapat idea utk cipta resipi KFC pada usia 68 tahun.Apa yg penting kenali bakat kita,ada keinginan,ilmu,matlamat serta doa ibu bapa pasti boleh berjaya.

Azri Deris said...

sebenar ader cara untuk jadi jutawan klu minat ler....tp bagi aku kureng lerr...aku lebih sukakan perkataan yang berbunyi "freedom", aku rasa lebih ok utk seorang manusia...ehmmm, malas lerr plk nak tulis panjang2 nie.....oklah...klu sudi sila lah melawat ye http://azrideris.blogspot.com/.....ooo ye tapi jgn salah anggap aku nie bkn nak promosi MLM atau sewaktu dgnnya....coz semua adalah jutawan....???

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...