Wednesday, February 9, 2011

Petua dan Nasihat imam Al-Ghazali

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang petua dan nasihat beliau ,ada baiknya kalau aku ceta serba sedikit latar belakang imam Al-Ghazali.
 
Sejarah hidup Imam Al-Ghazali

 Imam Al-Ghazali adalah nama yg tidak asing lagi pd kaum muslimin di seluruh dunia,seorang tokoh yg terkemuka dlm bidang filsafat dan tasawuf.Pengaruh dan pemikirannya telah tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi.Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi,Abu
Hamid Al-Ghazali.Para ulama berselisih pendapat dlm.penyandaran nama Al-Ghazali,ada yg berpendapat
nama Al-Ghazali diambil sempena nama tempat kelahiran beliau di daerah Ghazalah di Thusi.Ada byk lagi pendapat dan kisah hidup Imam Al-Ghazali ni kat sini dan kat sini  pun boleh juga

Kali ini aku nak kongsi serba sedikit pasal petua-petua dan nasihat berharga dari imam Al-Ghazali.
  • Tugas utama manusia di muka bumi ini ialah membuat persiapan utk menempuh alam akhirat
  • Tidak semua bid'ah itu haram selagi ianya tidak bertentangan dgn islam,contoh mcm sembahyang tarawih.pertama kali diadakan oleh khalifah Umar Al-khattab R.A.
  • Apabila cinta terhadap Allah sampai ke lubuk hati,maka semua cinta kepada selainNya akan tersingkir.
  • Apabila cinta kita terhadap Allah mencapai kesempurnaan,maka tiada kesenangan yg dapat melebihi kesenangan melakukan ibadah.
  • Tiada yg lebih baik selain drpd ilmu dan ibadah.Jgn.kita gunakan otak kita selain utk ilmu dan ibadah.Tumpukan perhatian kita pada ilmu dan ibadah kerana selain drpd ilmu dan ibadah adalah batil dan sesat serta menghancurkan dunia.
  • Allah sentiasa memerhatikan segala tingkah dan laku kita,fikirlah sblm melakukan sesuatu.
  • Sentiasa ingat dan zikir kpdnya,fikirlah selalu tentang nikmat dan keagunganNya.
Ciri-ciri manusia yg mencintai Allah
  • Keinginan utk bertemu Allah amat kuat sekali sehingga sanggup mati kerana Allah
  • Bersedia meninggalkan segala yg dilarang dan melaksanakan apa yg Allah suruh.
  • Mencintai Al-Quran,Rasulullah dan mencintai apa shj ada hubungan dgnNya dan seluruh makhlukNya
  • Merasa rugi jika masanya terbuang begitu shj tanpa zikir.
  • Rela dan menerima segala qada' dan qadar Allah dgn senang hati.
Itulah dia sebahagian daripada nasihat dan petua drp Imam Al-Ghazali,maklumat selanjutnya boleh diperolehi
buku yg bertajuk seperti yg tertulis kat bawah ni.

Sumber rujukan: Buku Rahsia mengenal Nafsu Dan Cara Mengawalnya.





Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...