Friday, February 25, 2011

100 cara promosi Dan Tingkatkan Web traffic

Ramai di antara rakan-rakan kita di luar sana yang tercari-cari teknik dan tip utk. meningkatkan trafik mereka,terutama pd blogger-blogger baru seperti aku.Kali ni aku nak berkongsi sedikit  bagaimana cara utk mempromosikan dan meningkatkan web trafik kita.Tip ni boleh juga digunakan pada mereka yg menjalankan perniagaan melalui internet.Caranya mcm ni:-
  1. Buat blog dan cerita apa-apa perkembangan tentang diri anda secara lebih dekat.Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru.Search engines juga suka kandungan yg relevant dan baru seperti di blogger.com.Jadikan blog anda sebagai alat promosi yg berkesan.
  2. Fokus pada "niche"anda dgn lebih tersusun.Kandungan blog mestilah tersusun berkualiti dan unik.Contohnya korang suka paintball,cetalah pasal produk,kat mana boleh dapat,berapa kos dan perkhidmatan yg berkaitan.
  3. Letak fungsi kompenan Viral seperti social bookmarking seperti del.icio.us,furl.digg dan byk lagilah
  4. Pengunjungkan suka barang percuma,bg diorang "freestuff" atau pun free download supaya mereka seronok dan melayari blog web anda selalu.
Aku rasa cukup sampai disini sbb banyak sangat,itu baru intro je.

Utk pengetahuan korang e-book ni aku nak bg kat korang percuma je,aku ada beberapa lagi e-book percuma nak bg tapi kalau nak,korang email lah kat aku di apapajelah77@yahoo.com .senarai e-booknya seperti di bawah:-
  1. 20 cara jimat duit
  2. Buat duit dan cari duit dengan internet
  3. Tools usahawan internet
  4. 100 cara promosi dan tingkatkan traffic web anda
  5. Panduan Paypal
Terima Kasih pada Rahsia Ebiz (Fahmi) yg telah menghasilkan e-book berharga ni.



Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 24, 2011

Apa itu Paypal

Bila sebut pasal Paypal aku yakin dah ramai yang tahu,lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu melakukan transaksi jual-beli di internet.Kali ni aku nak berkongsi serba sedikit pasal Paypal sbb aku yakin masih ada lagi yang kurang faham apa itu Paypal,cara mohon dan syarat-syaratnya.

    Paypal

Paypal ini umpama bank maya yg berada dlm internet dan Paypal tidak mempunyai pejabat,mesin Atm utk tujuan pengeluaran mahu pun kemasukan secara direct.Sia-sia shj kalau korang cari mana-mana bank kat dunia yang bernama Paypal bank,mesti tak jumpa punya,sebab ianya hanya bank maya tapi tak bermaksud ianya tak wujud dan tak boleh melakukan transaksi.
  Boleh dikatakan hampir 90% pengusaha perniagaan secara online kat dunia ni menggunakan Paypal sbg bank mereka.Dengan adanya akaun Paypal,korang boleh membuat pengeluaran dan kemasukan di mana sahaja di seluruh dunia umpama korang dah membuka worldwide account bank.

  Kenapa banyak syarikat atau usahawan pakai paypal?

 Asalnya Paypal ni ditubuhkan utk kegunaan transaksi pembelian dan penjualan produk ebay.Tapi kini penggunaannya telah meluas,korang nak tahu kenapa? sebab Paypal ni sebuah sistem kewangan yang mengamalkan sistem keselamatan dan mempunyai undang-undang yang ketat,jadi korang tak payah risaulah kalau nak beli barang secara online di website yg menggunakan sistem Paypal ni.Duit korang akan selamat selagi korang ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Paypal.Satu lagi yuran yg dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan sistem kewangan yang lain.
   Kalau korang berhasrat menjalankan perniagaan atau ingin menjana pendapatan melalui internet,
mempunyai akaun Paypal boleh dikatakan satu kemestian.Ini kerana kebanyakan transaksi di internet
seperti pembayaran jual-beli dan komisyen  menggunakan akaun Paypal.

Syarat-syarat membuka akaun Paypal

  1. Anda mesti berada di Negara di mana Paypal di terima. Anda tak perlu bimbang kerana Malaysia merupakan salah satu Negara yang diterima oleh paypal.
  2. Anda perlu memiliki kad kredit atau kad debit (Master atau VISA) untuktujuan pengesahan Manakala untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda,hanya kad kredit atau kad debit yang mempunyai logo VISA sahaja yang bolehdigunakan untuk tujuan tersebut.Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan kad kredit atau kad debit VISA untuk tujuan pengesahan dan pengeluaran wang paypal
    Di bawah ini merupakan kad yang biasanya digunakan untuk tujuan
    pengesahan:
    “kad kredit VISA & MASTER Maybank, CIMB, CITIBANK,EON BANK, AMBANK”
    “kad debit VISA electron Public Bank, Allianz Bank, Tunemoney”
    PERHATIAN :
    Kad debit VISA Maybank tidak boleh digunakan untuk pengesahan akaun paypal.
Aku ada satu e-book yang menceritakan dengan terperinci tentang Paypal ni.Aku bercadang nak bagi e-book ni secara percuma itu pun kalau korang berminat.
Cukup tak kalau tak aku tambah lagi.
  1. 100 cara promosi utk tingkatkan web trafik  anda.
  2. 20 cara jimat duit
  3. Buat duit dan cari duit dengan internet
  4. Tools usahawan internet
Selepas subscribe sila nyatakan e-book tambahan yg korang nak kat ruangan komen beserta email korang.Kalau nak semua pun boleh juga takde masalah semuanya percuma. Terima Kasih pada Rahsia Ebiz (Fahmi) yg telah menghasilkan e-book berharga ni.

Apa yang menarik pasal e-book ni?
  1. Memberi penerangan tentang Paypal serta asal usulnya.
  2. Syarat-syarat membuka akaun Paypal
  3. Penerangan tentang Virtual Credit Card (VCC) kebaikan serta keburukannya.
  4. Cara nak mendapatkan VCC serta harga VCC
  5. Ada tutorial bergambar cara nak buka akaun Paypal
  6. Cara nak keluarkan wang dari akaun Paypal ke mesin ATM di Malaysia.
  7. Mengandungi link-link yang membekalkan maklumat berguna utk membantu korang utk memulakan perniagaan internet.
  8. Dan yang paling menarik sekali e-book ni aku nak bagi percuma je tak payah bayar hee..hee.
Menarik tak  e-book ni?,kalau nak aku boleh bagi kat korang melalui e-mail dgn subscribe blog aku ni.Borang subcribe ada kat sebelah kanan atas diruangan iklan.

Sumber rujukan: E-book Panduan Paypal (Mohd Zaki)

             
http://www.rezamohyin.com/featured/paypal-apakah-dan-bagaimana/




Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 17, 2011

Tip Elak Tidur Berdengkur

Bila sebut pasal berdengkur pasti ramai rakyat Malaysia yg mengalami masalah ini,tidak kira jantina,keturunan atau pun bangsa.Mungkin ada yang tidak sedar bahawa masalah berdengkur ni boleh menggugat ketenangan pasangan utk tidur lena dan selesa.
 Menurut kajian American Academy Of  Otolaryngology,sebanyak 45% golongan dewasa normal akan berdengkur ketika tidur.Jadi persoalannya sekarang haruskah kita membiarkan ketenangan pasangan
kita terus diganggu tanpa berusaha mengatasinya?Sudah pastinya tidak,jadi utk mengatasi masalah ini marilah kita sama-sama berkongsi tip ini agar pasangan kita mendapat tidur yg berkualiti.

Cuba cara berikut dan lihatlah keberkesanannya:-
  • Ubah Posisi Tidur
Dengkuran terjadi apabila lidah,langit-langit,tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan antara satu sama lain.Posisi terlentang ketika tidur sedikit sebanyak menyumbang kearah masalah ini,kerana apabila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Utk mengelakkan masalah ini berlaku,cuba tidu pada posisi mengiring.
  • Turunkan 10% berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang lebih tebal,yg akan memungkinkan
munculnya risiko berdengkur.Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar masalah ini dapat diatasi.
  • Cuba Hindari Ubat Penenang
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa-apa shj produk ubatan yg bertujuan utk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana kecenderungannya menekan pernafasan.Jadi cuba elakkan mengambil ubat tersebut,bukankah sembahyang dan zikir pegubat hati yg resah dan gelisah.
  • Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas secara dalam atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita hilang.Jadi bila lendir dah hilang,insya Allah tidak akan ada dengkuran ketika tidur.

Itulah sahaja tip yang dapat saya kongsikan buat masa ini,diharap bg sesiapa yg mengalami masalah ni dapat mengatasinya dgn jayanya,agar harapan kita utk mendapat tidur yg.lena dan selesa tanpa gangguan serta mencapai kearah tidur yg berkualiti.


Sumber Rujukan: Majalah Nur



Entri ini ditulis oleh apai, seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah diceburinya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Saturday, February 12, 2011

Jom baca tip dan pengalaman org yg dah jadi Jutawan

Saya yakin pasti ramai di antara kita ada menyimpan cita-cita untuk menjadi jutawan,buktinya kita boleh lihat dalam penglibatan masyarakat dalam skim cepat kaya,pelaburan internet dan sebagainya.
  Untuk pengetahuan anda sekalian,menjadi bukanlah suatu perkara yang mudah,kerana ianya memerlukan kita mengorbankan masa,tenaga dan juga wang untuk mendapatkan ilmu,pengalaman dan juga strategi perniagaan yang berkesan.Seperti kata jutawan internet yang terkenal saudara Irfan Khairi "Ramai orang beranggapan bahawa pejam celik je terus jadi kaya atau "overnight success.
   Dari kajian yang telah dijalankan dari 100 orang mungkin hanya 1 atau 2 sahaja yang berjaya dalam bidang kewangan dengan cemerlang.Seperti kata Dato'Fadzilah Kamsah nabi pernah bersabda untuk cemerlang di dunia wajib ada ilmu,untuk cemerlang di akhirat juga wajib ada ilmu dan jika nak berjaya dunia dan akhirat pun wajib ada ilmu.
  Oklah saudara-saudari sekalian marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman tip daripada jutawan-jutawan kita

Dato' Fadzilah Kamsah

Nama Dato'Fadzilah Kamsah memang tidak asing lagi dalam dunia motivasi,pakar motivasi no.1 di Malaysia.
Beliau telah mengendalikan beribu-ribu seminar motivasi di Malaysia dan juga di luar Malaysia dengan mengupas pelbagai topik dari isu cinta kepada isu-isu perniagaan,All in One.Merangkap sebagai pengarah
Excel Training Consultancy Sdn.Bhd.
  Sebelum berjaya dalam bidang motivator,beliau adalah seorang profesor madya dan pernah dimarahi oleh bapanya sendiri ketika meluahkan hasrat untuk berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.Tekanan yang dihadapinya dijadikan satu cabaran kerana pada beliau tekanan yang diberikan bapanya adalah satu fikiran rasional ibu bapa yang sayangkan anak yang mahukan anaknya melakukan perancangan yang lebih rapi agar berjaya dantidak menyesal kemudian hari.

Tekanan
   'Tanpa tekanan manusia manusia tidak akan menjadi hebat' itulah prinsip yang dipegangnya dan beliau menasihatkan jika ada sesiapa yang mengalami keadaan yang sama iaitu mendapat tentangan dari keluarga,jadi katakan pada ibu bapa kita agar mendoakan kejayaan kita.Ada 4 doa yang Allah tidak akan tolak iaitu doa ibu bapa,doa pemimpin yang adil,doa musafir dan doa orang yang dizalimi.
   Sebenarnya tekanan akan menjadikan manusia lebih kreatif,lebih bertenaga dan akan lebih tercabar,apabila mencapai tahap maksimum barulah tekanan itu terlampau banyak dan akan menjadikan sakit jiwa,murung dan sebagainya.
    Sebenarnya ada satu kisah yang dapat kita kaitkan tekanan yang membawa kepada kejayaan
Kisah ni berlaku di Jepun apabila seorang ibu hendak balik ke aparmentnya,ketika masih berada di tingkat bawah,dia telah melihat anaknya yang masih kecil berada di tingkat atas melambai-lambai ke arahnya dan seolah-olah mahu terjun untuk mendapatkan ibunya.Jadi ibunya apa lgi menjeritlah 'jangan terjun berulang kali'oleh kerana tempat itu tinggi,jadi perkataan jangan mungkin tidak sampai ke telinga kanak-kanak itu yang sampai hanya perkataan terjun-terjun.Jadi budak tu pun terjunlah,dalam keadaan yang kelam kabut,si ibu ni dengan memakai kimono berlari dan berjaya menyambut anaknya sedangkan jarak anaknya jatuh dengan jarak si ibu berdiri terlalu jauh dan agak mustahil untuk orang biasa malah jaguh pelari pecut dunia pun tak boleh buat.

Takjub
      Kerana takjub melihat kejadian itu ada pihak telah menjalankan ujikaji dengan memanggil jaguh pecut  untuk melakukan perkara yang sama dan pada jarak yang sama.Walaupun berulang kali di cuba tapi usaha mereka gagal.Cuba kita bayangkan bagaimana seorang suri rumah yang memakai kimono boleh berlari sepantas itu,walaupun dia bukan jaguh pecut.Ini semua adalah disebabkan tekanan yang menjadikan seseorang itu terdesak dan mampu melakukan perkara yang berada di luar kemampuan manusia.
  Pada saya kemiskinan pun satu tekanan yang boleh membawa kepada kejayaan juga,kita lihat pada usahawan-usahawan dan bekas-bekas pemimpin kita ada yang berasal dari keluarga susah.

Ada banyak lagi maklumat,tip dan kisah pengalaman pahit ,manis yang terpaksa mereka tempuhi sebelum
bergelar jutawan.Anda boleh mendapatkan maklumat ini di ebook yang bertajuk Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi di sini




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Wednesday, February 9, 2011

Petua dan Nasihat imam Al-Ghazali

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang petua dan nasihat beliau ,ada baiknya kalau aku ceta serba sedikit latar belakang imam Al-Ghazali.
 
Sejarah hidup Imam Al-Ghazali

 Imam Al-Ghazali adalah nama yg tidak asing lagi pd kaum muslimin di seluruh dunia,seorang tokoh yg terkemuka dlm bidang filsafat dan tasawuf.Pengaruh dan pemikirannya telah tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi.Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi,Abu
Hamid Al-Ghazali.Para ulama berselisih pendapat dlm.penyandaran nama Al-Ghazali,ada yg berpendapat
nama Al-Ghazali diambil sempena nama tempat kelahiran beliau di daerah Ghazalah di Thusi.Ada byk lagi pendapat dan kisah hidup Imam Al-Ghazali ni kat sini dan kat sini  pun boleh juga

Kali ini aku nak kongsi serba sedikit pasal petua-petua dan nasihat berharga dari imam Al-Ghazali.
  • Tugas utama manusia di muka bumi ini ialah membuat persiapan utk menempuh alam akhirat
  • Tidak semua bid'ah itu haram selagi ianya tidak bertentangan dgn islam,contoh mcm sembahyang tarawih.pertama kali diadakan oleh khalifah Umar Al-khattab R.A.
  • Apabila cinta terhadap Allah sampai ke lubuk hati,maka semua cinta kepada selainNya akan tersingkir.
  • Apabila cinta kita terhadap Allah mencapai kesempurnaan,maka tiada kesenangan yg dapat melebihi kesenangan melakukan ibadah.
  • Tiada yg lebih baik selain drpd ilmu dan ibadah.Jgn.kita gunakan otak kita selain utk ilmu dan ibadah.Tumpukan perhatian kita pada ilmu dan ibadah kerana selain drpd ilmu dan ibadah adalah batil dan sesat serta menghancurkan dunia.
  • Allah sentiasa memerhatikan segala tingkah dan laku kita,fikirlah sblm melakukan sesuatu.
  • Sentiasa ingat dan zikir kpdnya,fikirlah selalu tentang nikmat dan keagunganNya.
Ciri-ciri manusia yg mencintai Allah
  • Keinginan utk bertemu Allah amat kuat sekali sehingga sanggup mati kerana Allah
  • Bersedia meninggalkan segala yg dilarang dan melaksanakan apa yg Allah suruh.
  • Mencintai Al-Quran,Rasulullah dan mencintai apa shj ada hubungan dgnNya dan seluruh makhlukNya
  • Merasa rugi jika masanya terbuang begitu shj tanpa zikir.
  • Rela dan menerima segala qada' dan qadar Allah dgn senang hati.
Itulah dia sebahagian daripada nasihat dan petua drp Imam Al-Ghazali,maklumat selanjutnya boleh diperolehi
buku yg bertajuk seperti yg tertulis kat bawah ni.

Sumber rujukan: Buku Rahsia mengenal Nafsu Dan Cara Mengawalnya.





Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

Thursday, February 3, 2011

Blog krisis di Mesir dan nasib rakyat kita

Pasti ramai yg tertanya-tanya dan ingin tahu bagaimana keadaan rakyat Malaysia yg berada di Mesir skrg.Sebenarnya rakyat kita yg berada disana telah pun membuat satu blog yg memberikan maklumat terkini dan tindakan yg telah diambil oleh kerajaan Malaysia utk membantu rakyat kita yg berada disana.

Utk pengetahuan korang kerajaan telah pun membuat keputusan melaksanakan operasi piramid utk membawa pulang pelajar Malaysia yg berada disana.
utk mengetahui lebih lanjut korang boleh layari http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ kat situ ada byk maklumat dan laporan operasi yg sedang dijalankan oleh ATM.




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...