Saturday, December 25, 2010

Tiada Sijil Halal untuk Pewarna Rambut

Suatu Masa dulu kecoh pasal pewarna rambut ada logo halal,ramai pengguna yg berpendapat pewarna rambut yg ada logo halal itu halal dari segi hukumnya.Untuk pengetahuan korang ,JAKIM tak pernah mengeluarkan sijil halal utk sebarang pewarna rambut.Mesti ada yg tertanya-tanya kenapa eh?
   Menurut Penolong Pengarah Bhg. Hub Halal JAKIM Mohd.Fakarudin Masod seperti yg tertulis di majalah AL ISLAM,JAKIM tak memberikan sijil halal sbb.timbul isu dari segi pemakaiannya.Dari segi bahan2 yg digunakan takde masalah,kerana ianya tak bersumberkan haiwan atau selamat digunakan.Tapi yg menjadi isunya skrg pasal hukum pemakaiannya.
  Apa tujuan org suka pakai pewarna rambut,adakah sbb nak menunjuk2 atau sbgnya.Persoalan yg kedua pula adakah ianya kalis air atau tidak utk ambil wuduk.Ok dari segi ramuan  takde masalah JAKIM bole bg sijil halal tapi pemakaiannya yg jadi masalah.Dikhuatiri jika JAKIM bg sijil halal kat pewarna rambut,nanti pengguna akan beranggapan pemakaiannya juga halal walaupun utk tujuan yg tak dibenarkan oleh syarak.
       Utk mengelakkan kekeliruan dikalangan pengguna dari aspek pemakaiannya,JAKIM buat keputusan utk.tak memberikan persijilan halal pd semua jenis pewarna rambut yg ada kat pasaran.

  Jadi kalau korang jumpa ada logo halal kat produk pewarna rambut,logo itu bukan dari Jakim tapi dari Syarikat Swasta atau dari badan Halal Luar Negara.Jadi jgnlah terpengaruh.

Bahan Rujukan: Majalah AL-ISLAM Disember 2010

2 comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...