Monday, January 31, 2011

Perniagaan Internet Bhg.Akhir

Produk dan perkhidmatan sendiri

Ini melibatkan perkhidmatan yg diusahakan dan yg anda jual sebelum ini di kedai atau pun pasaraya.Cuma apa yg anda perlu buat ialah mengaplikasikan apa yg anda lakukan di luar ke dlm internet iaitu dlm blog shop anda.
  Sebagai cth.anda mempunyai kemahiran grafik dlm menghasilkan poster,kad bisnes atau kad jemputan,anda boleh menguar-uarkan perkhidmatan ini di dalam blog shop anda.Jadi secara tidak langsung anda dapat mempromosikan perkhidmatan anda secara offline dan online.

Contohnya Suffah Beauty Shop sebuah blog yg menawarkan produk kesihatan dan kecantikan,pelanggan boleh memilih sendiri produk serta membaca khasiat serta cara menggunakan produk tersebut dlm blog beliau.Bagi pelanggan yg berada diluar kawasan penghantaran melalui pos disediakan.Jadi dapat kita lihat disini kelebihan memiliki blog shop.Kalau sebelum ni  Suffah Beauty Shop hanya dikenali oleh pelanggan
yang berada di sekitarnya tapi setelah ada blog shop ianya dikenali di seluruh Malaysia.

Produk dan Perkhidmatan orang lain

Konsepnya sama seperti Produk dan perkhidmatan sendiri cuma bezanya produk orang lain yang punya.
Kebiasaanya peniaga online akan memberikan harga pengedar pada kita dan ada sesetengahnya menggunakan kaedah kita jual mereka hantar .Pesanan dan pembayaran melalui kita,setelah dimaklumkan pada peniaga asal,bayaran akan dimasukkan ke akaun peniaga asal setelah ditolak dgn harga pengedar.Penghantaran akan diuruskan oleh peniaga asal.

Produk yg menawarkan kaedah affiliate

Untuk yg ini konsepnya agak berlainan sedikit sebab anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membeli produk dan tidak perlu ada produk.Affiliate ni juga dikenali sbg agen jualan dimana anda dikehendaki mempromosikan sesuatu produk dan komisyen di bayar bergantung pada jumlah produk yg dijual.
 Menurut En.Zamri mohamad penulis buku Mudahnya Bisnes dengan Blog shop berkata affiliate adalah individu yg dibayar komisyen kerana membawa pengunjung membeli produk @ perkhidmatan ke laman web penjual.Manakala program affiliate pula bermaksud sejenis bentuk pemasaran bg produk @ perkhidmatan
yg ditawarkan melalui laman web.Penjual akan membayar komisyen pada ahli affiliate yg berjaya membuat jualan.Untuk keterangan lanjut mengenai program affiliate klik di sini.

Seperti yg kita sedia maklum 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan,tapi unutk berjaya dlm perniagaan memerlukan ilmu serta komitmen yg tinggi.Bagi saya tiada alasan utk tidak memulakan perniagaan sebab,nak mulakan perniagaan tidak semestinya kena ada modal dan produk. Jadi sekiranya anda tidak ada produk dan tiada idea saya sarankan saudara/saudari sertai program affiliate.

Program affiliate yg saya sertai:-

Link ke perniagaan Internet Bahagian 1 klik kat sini




Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...