Monday, January 17, 2011

Perniagaan Internet Bhg.1

Mulakan apa yg ada ditangan

Sekarang sibuk org memperkatakan pasal perniagaan internet,sudah ada yg berjaya dlm perniagaan internet antaranya yg aku tahu lah kan Irfan Khairi.Aku percaya setelah kejayaan Irfan Khairi sebagai jutawan internet di dedahkan pasti ramai diantara kita ingin mengikuti jejaknya,tapi apa yg kita nak jual?
  Itulah antara soalan-soalan yg selalu berlegar-legar di otak kita.Utk memulakan bisnes internet salah satu caranya ialah dgn mulakan apa yg ada di tangan cuba cari seberapa byk altenatif bisnes yg. memerlukan modal yg besar.Gunakan blog sbg medium utk mempromosikan produk  anda (blog shop),nak buat blog bukan kena byr pun percuma je kan kat situ pun dah boleh jimat kos.

Antara produk yg pernah dijual kat blog shop:-

  1. Pakaian Bayi
  2. Pakaian Wanita
  3. Produk Kesihatan
  4. Kasut
  5. Buku
  6. Haruman (perfume)
  7. menjual aksesori
  8. Perkhidmatan Majlis Perkahwinan
Itu lah contoh2 produk yg pernah dijual kat blog shop,sebenarnya ada byk lagi.

Idea Bisnes Mengikut Teori Abraham Maslow

Ada satu lagi cara utk mengenal pasti produk dan perkhidmatan yg bersesuaian yg didedahkan dlm buku mudahnya bisnes dgn Blogshop.Menurut kata Zamri Mohamad iaitu penulis buku ni, produk dan perkhidmatan yg bersesuaian dikenal pasti melalui Teori Abraham Maslow iaitu hierarki keperluan Maslow.
  Menurut teori ni ,manusia cuba memenuhi 5 peringkat keperluan mereka:-
  1. Keperluan Fisiologikal seperti rumah,pakaian dan tempat tinggal
  2. Keperluan keselamatan seperti kit kecemasan,perubatan,alat penggera (alarm).
  3. Keperluan sosial seperti rakan-rakan melalui kelab,perkhidmatan cari jodoh dan sbgnya
  4. Keperluan penghargaan Diri yg ni lebih kpd perhiasan dan aksesori mcm keta,ubah suai rumah,lanskap,pakaian utk menjaga status dan hiasan rumah utk melambangkan gaya hidup.
  5. Kesedaran Kendiri iaitu sesuatu yg melibatkan keagamaan dan unsur jiwa.Cth mcm buku motivasi,buku dakwah,produk haji dan sbgnya.
Terdapat pelbagai cara utk menjual produk dan perkhidmatan di internet,anda boleh pilih cara mana yg anda suka:-
                                       klik disini utk baca sambungan

Kepentingan ilmu

Sebenarnya utk berjaya dlm.bidang perniagaan internet,yang penting sekali adalah ilmu,cuba kita lihat contoh jutawan internet seperti Irfan Khairi,beliau bukannya berasal dari keluarga yang berada,semuanya bermula ketika beliau baru tamat SPM.Beliau berhasrat utk menjadi jutawan sebelum usia mencapai 30 tahun.Anda pasti kenal pada Kolonel Saunders pengasas KFC,idea menjual KFC hanya tercetus pada ketika beliau berusia 68 tahun.Ini bermakna tidak terlewat utk.kita menyimpan hasrat menjadi jutawan walaupun usia dah lanjut.Jadi cita-cita dan hasrat tidak semestinya wujud semasa kecil sahaja.
  Sebelum irfan khairi menjadi jutawan,beliau telah menyiapkan diri terlebih dahulu dengan mempelajari "ilmu Kejayaan".Untuk melengkapkan diri beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku kejayaan,menghadiri seminar yang berkisar tentang kejayaan dan membaca biografi orang-orang yang telah berjaya.

Strategi perniagaan

Dah ada ilmu kena pasang strategi dan teknik mempromosikan produk pula.Teknik mempromosikan produk secara online ini penting sebab pelanggan lebih mudah membeli produk dari penjual yang berada di depan mata.Mereka dapat melihat produk dan berinteraksi dengan penjual itu sendiri dan yang paling penting mereka menukar atau mendapat ganti rugi jika berlaku kerosakan dan sebagainya pada produk yang dibeli.Berbeza sekali dengan perniagaan  secara online,pelanggan tidak mengenali penjual,produk setakat tengok gambar je jadi pelanggan akan merasa ragu-ragu untuk membeli produk kita.
   Apa yang penting di sini bagaimana menbina kredibiliti dan membuatkan pelanggan percaya pada kita.Salah satu cara yang saya tahu ialah membantu mereka dengan memberikan tip-tip,nasihat dan pendapat yang berguna.Cuba libatkan diri dalam forum-forum yang berkenaan dengan perniagaan,cuba selesaikan masalah-masalah yang berbangkit,dari situlah kita dapat membina populariti serta kepercayaan orang lain terhadap kita.Bila orang dah percaya jadi timbul tak masalah untuk pelanggan untuk membeli produk kita? 

Sebenarnya terdapat banyak buku-buku motivasi yang berkenaan dengan bisnes yang menceritakan perihal strategi perniagaan dan juga pengalaman dari orang yang telah berjaya dalam perniagaan contohnya:-

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Sebuah buku yang ditulis hasil wawancara dan temubual antara saudara Irfan Khairi 8 jutawan terkenal seperti
  • Dato'Fadzilah Kamsah
  • Billi Lim
  • Chef  Li (Dato'Dr.Rusly Abdullah)
  • Dato'Dr.Azman Ching
  • Azizi Ali
  • Dato'Hussamuddin Yaacob
  • Abang Abu
  • Dan kisah pengalaman Irfan Khairi sendiri
Pengalaman,kisah kegagalan dan strategi mereka untuk berjaya dalam perniagaan ada ditulis dalam buku ini.Ketahui cara seorang jutawan berfikir dalam merangka strategi untuk berjaya,halangan yang mereka hadapi serta persiapan mereka dari segi fizikal dan mental sebelum bergelar jutawan.
 Ramai orang dah jadi jutawan contoh seperti org menang loteri dapat berjuta-juta tapi duit itu hanya mampu bertahan selama beberapa tahun sahaja.Ini kerana persiapan mereka untuk menjadi jutawan tiada,jadi duit itu habis dibelanjakan begitu sahaja.Untuk maklumat lanjut mengenai buku Mentor jutawan bersama Irfan Khairi,anda boleh klik disini

 Sumber Rujukan

 Buku Mudahnya bisnes dgn Blogshop buku ni mengandungi byk.maklumat dan tip utk memulakan perniagaan  dgn blog shop.Lengkap dgn cara menggunakan aplikasi dlm blogger sperti cara nak buat blog,promosikan dan banyak lagi.Pada yg bercita-cita hendak memulakan bisnes internet,buku ni harus anda miliki. Nak pergi kursus Keusahawanan klik kat sini
                           






Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawap bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...