Monday, January 31, 2011

Awas 5 petunjuk yg lelaki perlu tahu

Sejak kebelakangan ini masyarakat semakin obses dengan kesihatan.Penyakit tidak pernah kenal usia,bangsa,agama mahu pun jantina, sebab tu lah menjaga selalu di titik beratkan pada semua golongan.
   Bagi kaum lelaki kesihatan bukanlah satu topik yg mereka gemari,tapi tidak bermakna soal kesihatan
dipandang ringan.Segmen kali  ni memaparkan beberapa perkara kecil yg mungkin menentukan sama ada lelaki itu sihat atau tidak.

Ada 5 tanda yg memberi petunjuk pada taraf kesihatan lelaki


Kuku yg kuat dan berwarna merah jambu

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai dlm.diari kesihatan lelaki,tahukah anda keadaan dan warna kuku seseorang mencerminkan penyakit yg mereka hidapi.Secara umumnya kuku yg sihat berwarna merah jambu
kukuh tapi lembut.Kuku yg tebal dan sedikit kekuningan mungkin memberi petanda bg penyakit yg berkaitan dgn pernafasan seperti bronkitis yg kronik.Kesan lekuk yg melintangi kuku yg dikenali sebagai garisan beau pula tak mustahil menunjukkan individu itu menghidap diabetes.Manakala kuku yg melengkung
keluar seperti sudu menunjukkan masalah kekurangan zat besi.Biar apapun perubahan pd kuku anda rujuklah pada doktor anda utk keterangan lanjut.


Warna air kencing

Selalunya kalau kita buat medical check up dlm report bhg urine appearence ada tertulis warna air kencing.
Kebiasaannya warna air kencing keperangan dan tahap keperangan air kencing di pengaruhi oleh jumlah air yg diminum,semakin byk air yg diminum semakin jernih warna air kencing.Air kencing yg jernih secara perubatan menunjukkan anda sihat.Sekiranya anda mengalami dehidrasi warna air kencing anda agak perang gelap.Selain dari warna,bau yg kurang menyenangkan,tompokan darah atau warna lain yg tak berkaitan dgn makanan,ubat atau suplement yg diambil mesti dipandang berat.


Pancutan air mani

Lelaki pertengahan umur yg sihat berkeupayaan memancutkan 2-5ml air mani.Semakin berusia seseorang itu maka semakin kurang air mani yg dipancutkan.2ml air mani petunjuk kpd hypospermia keadaan yg boleh
memberi kesan pd.kesuburan lelaki.Selain itu warna dan kepekatan air mani juga perlu diberi perhatian.Lelaki yg sihat mempunyai air mani yg pekat dan berwarna putih atau sedikit kelabu.Air mani yg bercampur dgn darah mungkin ada kaitan dgn masalah kesihatan.


Kadar degupan jantung semasa rehat

Kadar degupan jantung semasa rehat atau jumlah degupan jantung seminit (RHR) semasa rehat adalah indikator yg bagus dlm menentukan tahap kecergasan anda.RHR 60-100 bpm secara umum dianggap normal bg lelaki dewasa.Kadar degupan yg melebihi kadar normal boleh menyebabkan boleh menyebabkan masalah yg serius.

Kulit  anjal

 Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan utk menentukan tahap dehidrasi.Cirit-birit,muntah-muntah boleh 
menyebabkan seseorg itu kehilangan cecair dlm badan.Kulit yg sihat selalunya akan kembali pd kedudukan  asal pd masa yg singkat apabila dicubit dan kulit yg kering akan kekal terangkat dan akan kembali ke kedudukan asal secara perlahan-lahan.


Saya berharap anda semua menberikan perhatian pd petunjuk-petunjuk yg telah saya nyatakan,walaupun
ianya tidak lengkap namun boleh membantu anda untuk mengenal pasti masalah yg mungkun anda hadapi.

Sumber Rujukan: Mingguan Malaysia






Entri ini ditulis oleh apai seorang penjual produk online melalui program Affiliate .Antara perniagaan secara affiliate yg telah disertainya perfume auction sebuah Syarikat yg menjual minyak wangi serta kosmetik yg terkenal seperti Dunhill,212 by Carolina Herrera,Giorgio Armani, Cherry Pink Lip Cream ,High-Shimmer Powder Eyeshadow dan banyak lagi.Buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi sebuah buku berupa motivasi pada bakal usahawan yg ditulis sendiri oleh saudara Irfan Khairi beserta soal jawab bersama 8 Icon jutawan malaysia yg terkenal.

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...