Tuesday, December 21, 2010

Asal Usul Hari Ibu

 Kat negara kita skrg ni ada mcm2 hari,valentine day,hari kanak-kanak ,hari guru,HARI IBU dan byk lagilah.Tapi kali ni aku nak ceta tentang asal usul sambutan hari ibu.Ceta ni aku copy drpd blog org.lain.link dia kat akhir ceta ni.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece,
sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga
kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan,
dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of
The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular
di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut
menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk
melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church
di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang
tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokong nya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas
di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun
1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
http://reds7472.blogspot.com/2010/05/asal-usul-hari-ibu.html kalau korang nak tgk yg dlm versi English punya  http://www.dayformothers.com/mothers-day-history/index.html

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...