Mmg.sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin mencintai dan dicintai,ia bukan satu sifat yg sia-sia dlm diri manusia tetapi ia merupakan satu rahmat kpd hamba-hambanya.Perasaan ini merupakan satu fitrah semulajadi manusia yg unggul dan hebat.,sesungguhnya telah Allah jadikan manusia di muka bumi ini berpasangan dlm sistem kehidupan sehari-hari.
Tetapi yg menjadi persoalan kpd sesetgh.org,mengapa sukar menemukan cinta.Menurut kajian yg telah dibuat oleh sesetgh pihak,terdpt beberapa faktor yg mempengaruhi fenomena ini.Antaranya:-
Hati yg.tidak Fokus
Hidup di zaman yg penuh cabaran ini menyebababkan ramai di antara kita sukar memberikan tumpuan dan fokus utk merancang hidup yg lebih serius dgn pasangan.
Terlalu byk cinta dlm satu masa
Fokus lebih kpd suami yg mempunyai ramai isteri dlm satu masa,Mmg.poligami itu suatu yg harus tetapi ada di antara suami yg gagal memberikan perhatian dan kasih sayang yg sewajarnya terhadap isteri-isterinya memnyebabkan penginiayaan berlaku.Begitu juga sebaliknya apabila isteri tertarik pd lelaki lain atas sbb.material pangkat dan sbgnya.
Banyak meminta Tapi kurang memberi
Memang kita digalakkan byk meminta dgn Allah kerana ia merupakan satu kebaikan yg dipuji,tapi kerap meminta terhadap sesama manusia adalah perbuatan yg kurang mulia.Bak kata org.tangan yg memberi lebih baik drpd yg menerima.Para ulama pernah berkata jika kita byk membantu org lain,maka Allah akan bukakan pintu rezeki.Mudah-mudahan salah satu pintu drpd pintu rezeki kita ialah pintu kasih sayang suami isteri.
Kenangan Silam
Fobia sering terjadi apabila kenangan lalu menghantuinjiwa.Ada kalanya ianya dipengaruhi oleh penilaian dan kegagalan kehidupan org lain,sehingga ia serik utk bercinta.
Masalah Kewangan
Pengurusan kewangan yg baik juga menjadi kunci kpd kebahagian,ini kerana sikap boros dan tidak pandai
menguruskan kewangan boleh menyebabkan keretakan rumahtangga.
Hidup yg tidak seimbang
Keseronokan mengejar impian,kerjaya dan kesenangan,menyebabkan kita sering lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.Ada yg beranggapan memenuhi keperluan zahir sudah mencukupi tanpa menghiraukan akan didikan yg sempurna utk keluarga.Mungkin juga sudah menjadi trend kehidupan masa kini utk hidup berorientasikan kekayaan dan material semata-mata tanpa menghiraukan tanggungjawab sbg.ayah,ibu @suami.
Sifat yg negatif
Mmg.kita akui setiap org.ada kelemahan,kekurangan @ sikap yg negatif,tetapi ianya boleh diatasi dgn.cara bijak dan berhikmah.Kekurangan dan sifat negatif kita yg jelek akan menyebabkan org menjauhkan diri dari kita.Buangkan sifat yg negatif dan tanamkan dgn seberapa byk benih-benih mahmudah supaya kita disenangi oleh masyarakat sekeliling.
Kurang Doa
Selalunya kita berdoa bila berada dlm kesusahan je,jadi perbanyakkanlah berdoa agar kita dapat melahirkan
persefahaman dan kasih sayang.
Tiada restu
Antara ibu bapa dan anak kenalah ada sikap toleransi antara satu sama lain,ibu bapa berhak mencorakkan kehidupan anak-anak,jadi sbg anak wajarlah mereka bersikap terbuka dan bekerjasama dgn keduanya agar tidak mendatangkan kemurkaan Allah.Di dalam institusi kekeluargaan perlu ada sifat toleransi yg tinggi dan kefahaman yg.utuh.
Sihir Atau Buatan Orang
utk.mencapai hasrat adakalanya manusia sanggup sihir dan menyihir antara satu sama lain,perkara ini sudah sinonim dgn masyarakat melayu walaupun ianya dilarang dlm islam.
Seseorang itu perlu mengubah dirinya kepada yg lebih positif dan mulia agar Allah juga turut sama mengubah diri kita agar mengikut hidayah-Nya yg lurus.Banyak lagi tip maklumat dan doa yg boleh diperolehi dlm buku ini yg bertajuk Cakar Harimau Tip kebahagiaan Rumahtangga
Sumber Rujukan:Cakar Harimau Tip kebahagiaan Rumahtangga
No comments:
Post a Comment