Tuesday, December 14, 2010

Kesan tabiat bersolat pada kesihatan Bahagian 1

 Kali aku nak bercerita tentang kesan tabiat bersolat pada kesihatan,kali ini aku jadikan buku Solat Kebaikan dari perspektif Sains hasil tulisan Fatimah Ibrahim,Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok sebagai sumber rujukan aku.Kesemua mereka ni antara org.yg bertukus lumus menjalankan kajian tentang kesan solat ke atas kesihatan.
  Menurut kata penulis, tabiat solat yg sempurna 5 kali sehari mempunyai nilai sudut fasa,kapasitan badan,kadar metabolisme basal (BMR) dan jisim sel badan (BCM) yg lebih tinggi,berbanding org yg solat x cukup 5 kali sehari.Nilai rintangan badan juga jauh lebih rendah.
 Ini bermakna org yg sempurna solatnya 5 kali sehari mempunyai nilai komposisi badan yg lebih sihat berbanding dgn yg x sempurna.Secara tak langsung ianya dpt meningkatkan tahap ketahanan badan,serta menghindarkan risiko penyakit jantung,stress,kolesterol serta penyakit lain.

Kapasitan Badan

Apa itu kapasitan?
Kapasitan badan bermakna keupayaan sel menyimpan tenaga,semakin tinggi kapasitan badan maka semakin tinggilah keupayaan sel menyimpan tenaga dan semakin tinggilah tahap kesihatan kita.Ini adalah kerana sel-sel organ dlm badan kita mendapat makanan yg secukupnya utk memberi tenaga kpd kita.Sebaliknya jika tahap kapasitan badan rendah badan menjadi lesu dan letih ,ini kerana sel badan tidak mendpt makanan yg mencukupi dan proses penghasilan tenaga utk badan juga terbantut.

Nilai rintangan Badan

Kekenyalan saluran darah dipengaruhi oleh nilai rintangan badan,semakin rendah nilai rintangan makin bagus sbb ianya akan meningkatkan kekenyalan saluran darah.Dengan ini darah dpt mengalir dgn lancar ke seluruh anggota badan dan memberi kecergasan kpd badan.

Nilai sudut fasa

Nilai sudut fasa yg tinggi menunjukkan tahap ketelapan intergriti membran sel yg tinggi,dgn ini organ dlm badan dpt berfungsi dgn baik dan dpt menghindarkan bendasing dari merosakkan sel-sel dlm badan.

Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk pada kandungan air dan tisu (lemak,tulang dan otot) di luar sel dan di dalam sel tubuh badan manusa.Kandungan komposisi badan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

 Badan kita terdiri dari 4 kompenan utama:-

1)Tisu Aktif- Terdiri daripada sel hidup berfungsi utk menjalankan aktiviti penukaran bahan
                     makanan,oksigen dan lemak kpd.tenaga.

2)Tisu Tulang-berfungsi utk menjadi rangka kpd badan dan menyokong tisu-tisu lembut
                      di dlm. badan.

3)Air            -Membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan yg di makan.
                      juga berfungsi mengawal suhu dan memberi kelembapan pada badan.

4)Lemak      -Bahantara simpanan utk menghasilkan tenaga dan sbg.perantara organ.
                      Bila terlebih boleh mendatangkan penyakit.

Sampai di sini dulu nanti aku sambg.lagi di artikel akan dtg.

Sumber rujukan:Solat Kebaikan dari perspektif Sains

Menarik pada artikel akan datang:-

1)Kesan pemahaman maksud bacaan dlm solat.
2)Perbezaan kesan antara solat berjemaah dgn. bersendirian.

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...