Thursday, December 2, 2010

Halalkah Makanan yang kita makan

  Skrg ni kebanyakkan barangan pengguna yg berada di pasaran dari kosmetik hinggalah ke produk kesihatan,boleh memudaratkan kesihatan pengguna.Sementara lainnya pula haram menurut ajaran islam.Drpd. kajian yg dijalankan oleh pelbagai pihak,banyak makanan yg diproses skrg ni mengandungi gula & garam berlebihan.Ada juge yg mengandungi bahan penambah yg. tak dpt dipastikan halal @ haram.
   Bahan penambah ni ada yg berbahaya & ada yang diambil dari sumber binatang yg haram.

Dlm.ruangan kali ni saya akan terangkan serba sedikit tentang bahan penambah serta sumbernya.Sebelum tu mari kita lihat serba sedikit kronologi pendedahan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) mengenai isu halal & haram:-

1997-Sosej daging lembu dari Australia mengandungi Daging babi
1981-Alkohol dikesan dlm minuman tonik bayi.
1982-Ujian CAP mengesahkan gelatin diperbuat dari sumber babi
        -CAP juga mendapati uri bayi dari hospital kerajaan di jual kpd syarikat kosmetik di luar
          negara.
1984-Susu rumusan bayi mengandungi lemak binatang
1986-Monogliserida (penambah makanan  dari sumber haiwan) di kesan dlm makanan.

Lemak babi ditemui dlm penghasilan minyak wangi,plasma darah dlm produk makanan,& coca cola mengandungi alkohol.

Perasan tak kat senarai bahan2 yg tertulis pd pembungkus produk yg kita beli ada kod E dikuti dgn nombor siri CTHNYA:-E100,itu adalah kod penambah makanan yg diluluskan oleh kesatuan Eropah (EC) je,tapi kini ianya telah digunakan oleh seluruh negara termasuk Malaysia & negara islam yg lain.EC bukanlah negara islam sbb tu diaorg takde hal tapi,tapi berbeza dgn kita kat Malaysia ni.Berikut adalah susunan kod dan kategori penambah makanan:-

E100-199     - Pewarna
E200-299     - Pengawet
E300-399     - Pengoksida,fostat & agen antipengoksidaan
E400-499     - Pemekat,pelembap,pencegah ketulan & pemantap
E500-599     - Garam dan adunan lain
E600-699     - Penambah Perisa
E900-999     - Pengilat,pemanis&sebatian utk tepung
E1000-1399 - Pelbagai bahan penambah makanan
E1400-1499 - kanji tiruan

Senarai N0.E penambah yg diragui
Senarai penambah makanan serta sumbernya

Bahan2 dari rumah sembelihan

 Kat rumah sembelihan biasanya diorg sembelih berpuluh2 malah mungkin beratus2 ekor binatang dlm sehari,jadi darah ,lemak & organ dalaman binatang yg disembelih sukar utk dibuang  dan menelan kos yg tinggi.Jadi drpd dibuang lebih baik diorg proses balik jadikan bahan sampingan yg lain,kat situlah terhasilnya bahan penambah makanan.

Darah                       - Diproses menjadi serbuk plasma darah dicampur dlm produk makanan
                                   seperti bebola ikan,sotong,udang,burger & sosej.
Pankreas                  - Insulin utk pesakit kencing manis,pankreatin utk bantu penghadaman
Tulang                      - Diproses utk mandapatkan sumber2 kalsium dan fosforus
Usus                         -utk jahitan perubatan
Sistem saraf tunjang  -Kolestrol utk produk hormon
 Hati                         -Ekstrak hati utk rawatan anemia

Kalau semua benda ni kecuali darah ambil dari lembu @ binatang yg halal di makan ok lah tapi kalau sebaliknya.

Saya rasa ckplah stkt ni dulu ceta pasal halal haram,akan disambg. pd artikel akan dtg. Semua ini diperolehi dari buku panduan persatuan pengguna islam halal haram

Jenama Ubat gigi yang halal

Sumber rujukan: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Halal Haram

No comments:

Post a Comment

siteamplifier

Amazon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...