Seperti yang telah dijanjikan kali ini,akan saya jelaskan sedikit tentang kesan pemahaman maksud bacaan dlm solat dan solat berjemaah.
Fahami Maksud
Tahniah ye ke atas mereka yg telah memahami maksud bacaan dlm solat, ini kerana anda tergolong dlm golongan org yg mempunyai komposisi badan yg terbaik.Bacaan sudut fasa,kapasitan tubuh,dan bendalir dlm sel meningkat,manakala rintangan dan bendalir luar sel akan menurun.(SILA RUJUK BHG.1)
Bendalir dlm sel yg tinggi akan melancarkan darah ke seluruh badan terutama ke saraf otak,jadi otak akan mendapat bekalan oksigen yg mengcukupi,dgn ini fikiran dan emosi akan menjadi lebih tenang,serta mampu membuat keputusan yang rasional.
Ini bermakna pemahaman maksud bacaan dlm solat mempengaruhi kesihatan,emosi dan cara kita berfikir.
Jadi marilah sama-sama kita berusaha untuk memahami bacaan dalam solat.Klik sini untuk makna bacaan dalam solat.
Solat berjemaah VS Solat Sendirian
Solat berjemaah amat digalakkan dalam Islam berbanding dengan solat sendirian kerana dengan berjemaah kemampuan sel-sel untuk mengkonduktivitikan cas elektrik akan bertambah.Ketika solat anggota badan saling bersentuhan dan menyebabkan adanya pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain.Ini terbukti berdasarkan fakta bahawa tisu hidup dalam badan kita terdiri daripada ion-ion positif dan negetif.Hasil daripada pengaliran cas ini badan seseorang yang kurang bercas telah dapat dicas dan diseimbangkan atau bertenaga sepenuhnya.Bila sudah dicas badan akan bertenaga semula untuk menyambung kerja harian.
Bagi yang bersolat sendirian pula,sudut fasa dan kapasitan badan akan menurun manakala rintangannya akan bertambah.
Ini bermakna pengaliran darah tidak lancar,otak tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat daripada rintangan yang telah bertambah.Jadi secara tidak langsung komposisi badan juga tidak seimbang.
Kita selalu mendengar ulama berkata solat adalah satu senaman yang baik,jadi inilah buktinya.Jadi saya menyeru pada diri saya serta saudara/saudari sekelian marilah kita sama-sama berubah dan memperbaiki solat kita,semoga ianya menjadi yang terbaik dan diterima Allah,kerana sembahyang itu tiang agama.
Sumber Rujukan: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains
No comments:
Post a Comment